Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jak.sa] | جقسا

Definisi : Id pendakwa raya, pegawai undang-undang yg mengemukakan tuduhan dan me­nyampaikan dakwaan dlm proses per­bicaraan di mahkamah; ~ agung peguam negara; ~ panitera pegawai yg menuntut perkara dlm pengadilan negeri; ~ tinggi jaksa yg bekerja di mahkamah tinggi; kejaksaan 1. pejabat jaksa; 2. kekuasaan utk menuntut perkara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jak.sa] | جقسا

Definisi : pegawai yg bertugas menuntut dan memeriksa perkara di mahkamah: ~ Pendamai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaksa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Justice of PeaceJaksa PendamaiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP.

Justice of the PeaceJaksa PendamaiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Justice of the PeaceJaksa PendamaiUndang-undangTiadaTiada
Justice of the PeaceJaksa PendamaiSejarahTiadaTiada
JPJPPentadbiranPentadbiran Awam

Singkatan bagi Justice of Peace. Lihat jaksa pendamai


Kembali ke atas