Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la] | جالا

Definisi : sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan; ~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg di­guna­kan utk menutup rambut wanita agar ke­lihatan kemas; ~ tambang sj jala utk me­nang­kap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat; jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala: tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~; menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; penjalaan perbuatan (kerja) menjala; penjala orang yg menjala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : ; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : sj siratan benang yg diberi berantai sbg alat utk menangkap ikan. jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala: dawai ~. menjala menangkap ikan dgn jala. penjala orang yg menjala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rambat[ÒAm.bAt]kata namarantai (batu) jala.Ayah dok pasang rambat kat jala hak baru siap tu.[A.jAh do/ pA.sAN ÒAm.bAt kAt dZA.lA hA/ bA.Òu si.jAp tu]Ayah sedang memasang rantai (batu) jala, pada jala yang baru disiapkan.
roti kirai[ҍ.ti ki.ÒAj]kata namaroti jala atau kuih jala.   
buah pinang[bu.wAh pi.nAN] roda yang dibuat daripada tanduk dan mempunyai dua lubang, terdapat di bahagian atas jala, dan berfungsi memudahkan penebar jala mengendalikan jalanya sewaktu tebaran dibuat.Ikan masok jala banyak sangat sampai pecah buah pinang.[i.kAn mA.so/ dZA.lA bA.øA/ sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh bu.wAh pi.nAN]Ikan yang masuk ke dalam jala terlalu banyak sehingga pecah buah pinang jala itu.

Kembali ke atas