Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la] | جالا

Definisi : sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan; ~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg di­guna­kan utk menutup rambut wanita agar ke­lihatan kemas; ~ tambang sj jala utk me­nang­kap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat; jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala: tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~; menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; penjalaan perbuatan (kerja) menjala; penjala orang yg menjala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : ; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : sj siratan benang yg diberi berantai sbg alat utk menangkap ikan. jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala: dawai ~. menjala menangkap ikan dgn jala. penjala orang yg menjala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi Jala?Penjodoh bilangan bagi jala ialah rawan, contohnya serawan jala.Tatabahasa27.04.2012
Pak Ya menebar jala di atas sebuah perahu. Adakah ayat ini betul? Saya sertakan gambar sebagai rujukan. Mohon penjelasan terima kasih.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah Pak Ya menebar jala dari perahu.
Tatabahasa27.05.2020
Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan menganyam dalam ayat ini. Terima kasihDalam pangkalan data kami tidak ada perkataan seerti dengan menganyam dalam konteks menganyam bakul, jala dan sebagainya.Tatabahasa13.06.2012
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) yang mana vs di mana 2) jaringan vs penjaringan 3) akhbar vs suratkhabar

1. Perkataan yang mana dan di mana tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu.Kata 'di mana' hanya sesuai digunakan sebagai kata tanya, contoh : Di mana awak tinggal?
Frasa "yang mana" pula tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan where dalam bahasa Inggeris.

2. Dalam data kami jaringan bermaksud sesuatu yang menyerupai jaring, jala-jala; 2. Id bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa (tela); ilmu ~ tubuh ilmu bkn jaringan; 3. bilangan gol yang telah masuk (dlm) jaring; Jaringan bagi maksud ini  merupakan padanan bagi shooting dalam bahasa Inggeris. Manakala jaringan yang kedua merupakan padanan juga bagi perkataan networking yang membawa maksud jajaran atau hubungan dalam sesuatu. Manakala penjaringan pula ialah perbuatan (hal dsb) menjaring atau menjaringkan.

 

3. Perkataan surat khabar bermaksud naskhah (lembar­an kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, manakala akhbar (Arab) (jamak bagi khabar) berita, warta; .


Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk
Ayat ini betul: 
1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu.
2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 
3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada  para pekebun kecil.
4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 
5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 
6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 
7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 
8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 
9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut.
Tatabahasa21.08.2014
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan dari atas perahu boleh digunakan bersama? dari atas? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, ayat yang gramatis ialah Pak Ya menebar jala dari perahu. (rangkai kata dari perahu menunjukkan arah)Tatabahasa28.05.2020
selamat malam.boleh berikan contoh-contoh perbendaharaan kata?Perbendaharaan kata ialah khazanah kata dalam sesuatu bahasa atau sesuatu bidang (leksikon). Antara contohnya ialah nama tubuh badan seperti bahu, kepala, muka dan rupa; barang perdagagan seperti neraca, laba, dan kedai; alat perkakas seperti jala, bajan, dan pili; tumbuh-tumbuhan seperti cempaka, cendana dan delima.Makna06.03.2008
Tuan, Adakah maksud memancing,memukat dan menjala sama?Jika tidak,apakah perbezaan mereka? Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Memancing: menangkap ikan dan lain-lain dengan pancing

Memukat: menangkap ikan dengan pukat

Menjala: enangkap ikan dengan menggunakan jala

Sekian, terima kasih.
Istilah08.03.2018
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa.

Lain-lain15.02.2010
12

Kembali ke atas