Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la] | جالا

Definisi : sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan; ~ anding sj jala utk menangkap ikan anding; ~ rambang sj jala yg mempunyai mulut besar; ~ rambut kain net kecil drpd nilon yg di­guna­kan utk menutup rambut wanita agar ke­lihatan kemas; ~ tambang sj jala utk me­nang­kap ikan tambang; ~ udang sj jala kecil utk menangkap udang; ikan terkilat, ~ tiba prb sangat cepat dapat menangkap maksud perkataan orang, tindakan yg cepat; jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala (kisi-kisi dll), bahagian atau dinding rumah yg berlubang-lubang (berkerawang dll) tempat angin masuk; ~ rambut jala rambut; berjala 1. mempunyai jala; 2. menyerupai (berbentuk) jala: tumbuhan itu, uratnya berkayu dan ~; menjala menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; penjalaan perbuatan (kerja) menjala; penjala orang yg menjala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : ; ~ mas Kl sj kuih yg dibuat drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.la] | جالا

Definisi : sj siratan benang yg diberi berantai sbg alat utk menangkap ikan. jala-jala, jejala sesuatu yg menyerupai jala: dawai ~. menjala menangkap ikan dgn jala. penjala orang yg menjala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jala

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai pucuk jalakelarai pucuk jalaKesenianTiadaCorak anyaman berunsur benda berbentuk jala tergantung dan dikenali juga dengan kelarai mata gergaji dan kelarai jambi. kelarai mata gergaji, kelarai jambi, kelarai gergaji.
jala panggungjala panggungKesusasteraanTiadaKain gantung di ruang lakon yang bertujuan menutupi lampu daripada penglihatan khalayak.
jala rintik anak berudujala rintik anak beruduKesenianTiadaCorak batik berunsur haiwan bermotif anak berudu.
wau jala budi (Kd.)wau jala budi (Kd.)KesenianTiadaWau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.
cast netjalaPerikananTiadaTiada
ReticulumReticulum (Jala)MatematikTiadaBuruj kecil hemisfera utara yang berhampiran dengan Cygnus dalam Bimasakti. Bintangnya yang tercerah ialah bintang magnitud ketiga.
netting wiredawai jalaKejuruteraanTiadaTiada
net clothkain jalaPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis kain jarang seperti jaring.
dish clothkain jalaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
netjaring; keranjang; bersih; jala; pukatPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas