Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jalan tikusjalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan);Kamus Dewan Edisi Keempat
rintis, = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rambah; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: me­re­ka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menem­baki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan; rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa merambah; perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan. rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
merambah1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: me­re­ka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menem­baki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan;Kamus Dewan Edisi Keempat
latis; melatis menebas (semak samun), me­rintis (jalan dlm hutan dll); latisan denai atau jalan dlm hutan, rintisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rintis= rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn me­ne­bangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan me­nebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. me­man-cang tanah yg akan dibuat jalan: pe­kerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama me­ngerjakan sesuatu, membuka jalan, mem­pelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh peng­hapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg di­lakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jaKamus Dewan Edisi Keempat
tepi2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan.Kamus Pelajar
sesat1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), me­nyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, ter­langkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar­benar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan ke­sesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bibir1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal.Kamus Dewan Edisi Keempat
merintis1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori.Kamus Pelajar Edisi Kedua
1234567

Kembali ke atas