Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Tergeser kena miangnya,
     terlanggar kena rabasnya.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan.Istilah05.11.2012
Tuan/Puan,saya mahu bertanyakan soalan tentang definis perkataan-perkataan.Apakah maksud jalan-jalan tikus?Terima kasih. Taktik itu dikesan di mana kapal besar dari negara terbabit akan berada di perairan antarabangsa sebelum kapal kecil atau bot nelayan tempatan ini akan ambil seterusnya masuk melalui [jalan-jalan tikus].Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalan tikus bermaksud jalan yang kecil (jalan yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan).Makna29.06.2021
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ?Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kamiMakna21.11.2016
Apa dia BATU KERIKIL? dan apa pula BATU KERIKIR?Yang betul ialah batu kerikil bermaksud batu kecil-kecil yang digunakan dalam membuat jalan, bangunan dan lain-lain. Batu kerikir tiada dalam istilahMakna07.12.2006
Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan.

Makna23.12.2022
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH"Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". Tatabahasa05.04.2011
Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJUGerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2010
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.12.2015
Saya meminati Seniwati Sarimah dalam filem "Rantau Sepanjang Jalan". Adakah betul ejaan Seniwati di dalam ayat tersebut? Atau perlu pangkal hurufnya perlu ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Perkataan seniwati ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa18.08.2020
Assalam tuan, dalam format surat kiriman rasmi,untuk alamat penerima (negeri) perlu ditulis dalam huruf kecil atau huruf besar? Contoh: (huruf besar pada pangkal shj) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, Pahang. 14 MAC 2016 atau (semua huruf besar : negeri) Jalan 23, Lorong Setia, Taman Bahagia, Bentong, PAHANG. 14 MAC 2016 mohon pencerahan dengan kadar segera ...Terima kasih Tuan.Kedua-dua bentuk penulisan "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat.Ejaan28.09.2016
1234

Kembali ke atas