Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jalan besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan yg besar dan bertar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Jalan raya titian batu.

Bermaksud :

Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

 

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
saya tahu bahawa celaka bermaksud malang. Tetapi bolehkah kemalangan jalan raya ditukar menjadi kecelakaan jalan raya?Kamus Dewan menakrifkan malang sama ertinya dengan celaka. Merujuk kepada makna yang tersebut kemalangan jalan raya sama ertinya dengan kecelakaan jalan raya, walau bagaimanpun frasa kemalangan jalan raya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.08.2011
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5?

Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek.

Ayat yang betul dan ayat songsang.

4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan?
  •  Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?

5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia
  • Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.

Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa17.06.2020
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau salah? 1. Kebelakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 2. Belakangan ini, kemalangan jalan raya semakin serius. 3. Mutakhir, kemalangan jalan raya semakin serius. 4. Mutakhir ini, kemalangan jalan raya semakin serius. Terima kasih.Ayat pertama, kedua dan keempat adalah betul.Tatabahasa19.06.2017
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan?Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan.Tatabahasa31.01.2015
Salam, mohon cadangan terjemahan untuk off-road vehicle. Menurut jawapan dikemukakan sebelum ini, kenderaan luar jalan raya/selain jalan raya. Mungkin ada cadangan terjemahan lebih pendek? Terima kasih.Kami berpandangan terjemahan "kenderaan luar jalan raya" dan frasa tersebut tidak dapat diringkaskan untuk menjelaskan maksud off-road vehicle.Penyemakan dan penterjemahan24.07.2014
1. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 2. Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Ayat yang mana betul? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Kata kerja mengikut mendukung maksud perbuatan "ikut" dan melengkapkan makna ayat tersebut.Tatabahasa10.08.2011
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.Tuan, adakah peribahasa boleh digunakan pada permulaan ayat ?(cth. Dengan kartu terbuka, keadaan jalan raya yang licin akan menyebabkan kemalangan jalan raya./ Bukannya bersuluhkan batang pisang, bersuluhkan bulan matahari bahawa bolos sekolah merupakan masalah disiplin sekolah.) Sekian . Goik Khai Yong.
Tidak menjadi kesalahan dalam tatabahasa Melayu untuk memulakan ayat dengan peribahasa, yang penting pastikan peribahasa yang digunakan membawa maksud yang ingin disampaikan.
Tatabahasa22.01.2014
1. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan oleh ketua kelas. 2. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan kepada ketua kelas. Ayat manakah yang betul?atau kedua-duanya betul? Minta penjelasan jika salah. Terima kasih.

Kedua-dua ayat yang diberikan betul.


1. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan oleh ketua kelas.
2. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan kepada ketua kelas.
Tatabahasa06.02.2024
12345678910...

Kembali ke atas