Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.la.nan] | جالنن

Definisi : bp 1. jalan, lorong; 2. dlm per­jalanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dry runjalanan keringKomputerTiadaJalanan kering: Pelaksanaan atur cara secara insani dengan menyemak setiap pelaksanaan suruhan dalam algoritma dan mencatatkan hasil pelaksanaan. Tindakan ini dilakukan sebelum atur cara benar-benar dijalankan pada komputer.
running timemasa jalananPendidikanTiadaMasa jalanan: Masa yang diperlukan untuk menayangkan sebuah gambar gerak, memainkan rakaman audio atau video.
painted bulletinbuletin bercatKomunikasiKorporatSejenis pengiklanan jalanan yang bersaiz 13.5 tinggi x 16 m lebar yang mesej pengiklanannya dicat secara manual. Pengiklanan ini diperagakan di lokasi lalu lintas utama untuk sesuatu tempoh masa. Tujuan pengiklanan ini adalah untuk menarik tumpuan khalayak terhadap mesej iklan yang dihasilkan melalui penggunaan warna dan hasil seni kreatif. Pengiklanan ini biasanya dihasilkan dengan menggunakan kepingan vinil yang mengandungi mesej iklan yang dipasang pada struktur papan iklan jalanan. Terdapat dua jenis peragaan buletin bercat, iaitu secara tetap atau mudah alih. Peragaan secara tetap berlaku untuk tempoh jangka masa panjang dengan kadar minimum selama 12 bulan. Bagi peragaan secara mudah alih, buletin ini ini akan diperagakan dari satu lokasi ke satu lokasi lain dalam tempoh satu hingga tiga bulan bagi setiap lokasi.
static titletajuk kakuKomunikasiKorporatJenis judul yang digunakan dalam penerbitan visual bergerak seperti video, filem, dan iklan jalanan elektronik atau multimedia. Sifat grafik judul ini dipaparkan secara statik. Tajuk kaku boleh wujud sebagai judul sesuatu karya, sari kata, atau sebagai tajuk penjelasan visual atau iklan jalanan elektronik. Contohnya, dalam penerbitan filem, sari kata yang menggunakan kaedah tajuk kaku biasanya dipamerkan secara langsung dan statik berbanding dengan pemaparan penjelasan maklumat yang selalunya bergerak dalam siaran berita. Sinonim tajuk statik.
thirty-sheet posterposter tiga puluh helaianKomunikasiKorporatIklan jalanan yang berukuran 12 kaki tinggi dan 25 kaki lebar. Iklan ini dicetak di atas kertas dalam ukuran tertentu yang dicantum mengikut susunan visual dan cetakan asal untuk menjadi iklan besar. Jumlah kesemua helaian kertas tersebut adalah sebanyak 30. Iklan bersaiz besar ini penting untuk disesuaikan dengan keadaan landskap, saiz lebuh raya, dan isi padu lalu lintas. Iklan ini juga dapat memudahkan pemasangan iklan jalanan, khususnya di lokasi yang sukar dihubungkan dengan jentera berat. Selain itu, kaedah iklan ini juga dapat mempelbagaikan kreativiti dalam reka bentuk iklan. Iklan bersaiz besar boleh memberikan ruang kepada aplikasi pemasaran maklumat secara elektronik dan juga memudahkan aplikasi pencahayaan kreatif.
program runjalanan atur caraKomputerTiadaTiada
parallel runjalanan selariKomputerTiadaTiada
production runjalanan pengeluaranKomputerTiadaTiada
job runjalanan kerjaKomputerTiadaTiada
trial runjalanan cubaanKomputerTiadaTiada
123456

Kembali ke atas