Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalur;


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jalur dwilogambimetallic stripKepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan.Menengah Rendah
berkas vaskularvascular bundleJalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan.Menengah Rendah
jaluran asteroidasteroid beltJalur yang mengandungi asteroid dan berada di antara planet Marikh dengan Musytari. Lihat RajahSekolah Rendah
auroraauroraFenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat RajahMenengah Rendah
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah
konduktor kilatlightning conductorBahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal.Menengah Rendah

Kembali ke atas