Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); merah ~ merah muda; ~ air sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia aquea; ~ (air) laut = ~ jembah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia grandis; ~ (air) mawar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia jambos; ~ batu = ~ biji = ~ berasa sj tum­buhan (pokok dan buahnya), Psidium gua­java; ~ bol = ~ keling = ~ melaka = ~ merah sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Eugenia malaccensis; ~ golok = ~ monyet = ~ iros = ~ terung sj tumbuhan (pokok dan buahnya), gajus, Anacardium occidentale; 2. ki cantik, lawa: dia memiliki wajah yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.bu] | جمبو

Definisi : 1 beberapa jenis pokok atau buahnya (buahnya dpt dimakan). ~ air jambu yg banyak airnya, Eugenia aquea. ~ batu jambu yg keras dan banyak bijinya, Psidium guajava. ~ golok gajus, Anacardium occidentale. 2 ki lawa: Aminah memiliki wajah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambu

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, saya difahami bahawa kata pemeri ialah, untuk frasa nama manakala untuk kata adjektif, perlu guna adalah. Merah jambu ialah kata adjektif warna. Oleh itu, saya ingin tahu adakah ayat ini betul: Warna gincu pada bibirnya ialah merah jambu. Harap pencerahan. Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.Ayat yang betul ialah Gincu pada bibirnya berwarna merah jambu.Lain-lain19.09.2021
Adakah 'kata majmuk' merupakan sebahagian daripada 'frasa' kerana saya mendapati bahawa contoh yang diberikan untuk 'kata adjektif majmuk' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s:242) sama dengan contoh yang dikemukakan untuk 'frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s: 409) : Tatabahasa Dewan Edisi ketigaBetul, kata majmuk merupakan sebahagian daripada frasa.Tatabahasa06.03.2012
Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih.Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa17.01.2013
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
1. Jeruk mempelam atau mempelam jeruk. 2. Pendingin hawa atau penghawa dingin

Saudara,

Mengikut Hukum D-M, kedua-dua bentuk boleh digunakan bergantung pada perkara yang hendak ditekankan.  Contohnya: jeruk mempelam; jeruk jambu; jeruk limau. Dalam bentuk yang lain pula kita boleh membentuk frasa mempelam jeruk, mempelam salai, mempelam kering. 

Tatabahasa08.11.2010
Mohon terjemahkan warna-warna ini di dalam Bahasa Malaysia: Powder blue Mint green Pale green Dusty pink Banana Toffee Beige Pink champagne Burnt orange BrownBerikut ialah cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaan:

i. Powder blue - Biru serbuk
ii. Mint green - Hijau pudina
iii. Pale green - Hijau pucat
iv. Dusty pink - Merah jambu pudar
v. Banana toffee - Perang muda
vi. Beige pink - Merah jambu kuning air
vii. Champagne burnt - Merah tua perang
viii. Orange brown - Perang jingga
Makna29.01.2021
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
Adakah koma (,) perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? Sekiranya ya, dalam situasi apakah koma perlu diletakkan selepas perkataan iaitu?

Tidak. Penggunaan tanda koma (,) yang betul adalah sebelum kata iaitu untuk memisahkan ayat induk daripada keterangan tambahan yang mengikutinya yang bermula dengan kata iaitu, yakni, misalnya, contohnya, atau seumpamanya. Contoh ayat: Ada dua warna yang menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan hijau tua.

Tatabahasa13.08.2021
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih

Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Antara kata adjektif yang lain ialah  buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247.

Tatabahasa07.08.2020
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010

Kembali ke atas