Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bu.jam.bu] | جمبو٢

Definisi : jambul, gombak, bulu (di hujung tombak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambu-jambu

Puisi
 

Buah jambu dimakan kera,
     Dipetik Rukiah lari ke hutan;
Ilmu itu bertiang tiga,
     Dialah cahaya penyuluh jalan.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.
Kurik Kundi Merah SagaSaku berisi buah jambu, Hendak dibawa ke pekan sehari; Kalau sudah kata begitu, Marilah kita mengikat janji.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaKapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaApi apa di Tanjung Jambu? Api Pak Jenal di hujung perahu; Anak siapa berdua itu? Sahaja kenal nama tak tahu.
12

Kembali ke atas