Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.min] | جامين

Definisi : 1. = jaminan cagaran, tanggungan; surat ~ surat yg menyatakan jaminan atas seseorang atau sesuatu; wang ~ wang yg dibayar kpd pihak tertentu utk menjamin seseorang; 2. = penjamin; menjamin 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? terjamin tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; jaminan 1. akuan menjamin, kesediaan me­nanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tang­gungan; ~ bank (Eko) jaminan yg di­berikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg di­jamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jamin­an yg diberikan oleh pihak insurans utk mem­berikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah di­jadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; keterjaminan keadaan terjamin: utk me­mastikan ~ masa depan parti ini, perlulah kita bersatu teguh; penjaminan perbuatan menjamin; penjamin 1. orang yg sanggup menjaga (menanggung) keselamatan orang lain; 2. orang yg sanggup memenuhi kewajiban (mem­­bayar hutang dll) orang lain apabila orang itu tidak dapat menepati janjinya; 3. orang yg menjanjikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.min] | جامين

Definisi : ; menjamin 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. terjamin dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung: Mutu barang ini tidak ~. jaminan akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
underwritevt (finance and insurance) menaja jamin: an insurance policy underwritten by Lloyds, polisi insurans yg ditaja jamin oleh Lloyds; the company will ~ the new share issue, syarikat itu akan menaja jamin keluaran syer baru.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bind~ so. over, (leg.) mengikat jamin sso: the two men were bound over to keep the peace, kedua-dua lelaki itu diikat jamin utk berkelakuan baik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bail1n 1. (security) jaminan, ikat jamin, ~ was fixed at $5,000, jaminan ditetapkan sebanyak $5,000; forfeit (o’s) ~, (colloq) jump ~, tdk menghadirkan diri di mahkamah; /go, stand/ ~ for so., /menjadi penjamin, menjamin/ sso; on ~, dgn ikat jamin: he was out on ~, dia bebas dgn ikat jamin; 2. (person acting as surety) penjamin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
underwritern penaja jamin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pendingprep sementara menunggu: she was allowed bail ~ the appeal, dia dibenarkan ikat jamin sementara menunggu hari rayuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
release2. (leg.) melepaskan: the accused was ~d on bail, yg dituduh dilepaskan dgn ikat jamin; 3. emit, melepaskan: to ~ heat and energy, melepaskan haba dan tenaga; 4. excuse from normal duties, melepaskan: the university ~d him to the civil service, pihak universiti melepaskannya berkhidmat dlm perkhidmatan awam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seriousnessbecause of the ~ of the charges the police opposed bail, disebabkan dakwaan itu berat, pihak polis membantah pemberian ikat jamin; b. i. (critically ill) tenatnya, teruknya, seriusnya; ii. (very badly injured) keparahan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
warrantvt 1. justify, mewajarkan: his brilliant examination results ~ a scholarship, keputusan peperiksaannya yg cemerlang mewajarkan dia mendapat biasiswa; what has he done to ~ such punishment?, apakah yg telah dilakukannya sehingga mewajarkan dia dihukum demikian?; 2. guarantee, menjamin: I ~ that the table is a genuine antique, saya jamin meja itu ialah barang antik yg tulen; 3. (dated & colloq) assure, jamin: I’ll ~ you, it will not happen again, saya jamin, perkara ini tdk akan berulang lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
guaranteevt 1. take responsibility for debt, obligation, etc, menjamin: we ~ the completion of the project within the specified time, kami menjamin penyiapan projek itu dlm masa yg ditentukan; he ~d his son’s debts, dia menjamin hutang anak lelakinya; the manufacturer ~s these machines against mechanical failure for two years, pengilang menjamin jentera-jentera ini drpd kerosakan mekanikal selama dua tahun; 2. secure, menjamin [sso] mendapat: buying a ticket doesn’t ~ you a seat, membeli tiket tdk menjamin kamu mendapat tempat duduk; 3. (colloq) promise, jamin: I ~ that he will be satisfied, saya jamin dia akan puas hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
applicationn 1. act of, a. (putting to practical use) penerapan: the ~ of a theory, penerapan teori; modern techniques and their ~, teknik moden dan penerapannya; b. (bringing into operation, effect) pengenaan, mengenakan; (of brakes) penekanan, menekan: he protested that the strict ~ of the law would be incongruous in this case, dia memprotes bahawa adalah tdk patut undang-undang dikenakan secara ketat dlm hal ini; the ~ of an embargo, pengenaan embargo; c. (making a request esp in writing) permohonan: an ~ for bail, permohonan utk mengikat jamin; ~ form, borang permohonan; letter of ~, surat permohonan; on ~, apabila dipohon: back numbers are available on ~, keluaran kebelakangan boleh diperoleh apabila dipohon;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas