Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg menghasilkan tenaga elek­trik; menjana kuasa menghasilkan tenaga elek­trik (terutamanya di stesen jana kuasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg dpt mengeluarkan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jana
Kata Terbitan : menjanakan, terjana, penjanaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dari segi Hukum D-M frasa yang manakah yang betul stesen jana kuasa elektrikhidro atau stesen jana kuasa hidroelektrik.Istilah yang betul ialah stesen janakuasa hidroelektrikIstilah07.04.2012
Salam. Mohon sedikit penjelasan, perkataan "janakuasa" perlu dirapatkan ke atau dijarakkan? Mengapa?Ejaan yang betul ialah jana kuasa kerana kedua-dua perkataan tersebut boleh berdiri sendiri (membawa makna) dan tidak tergolong dalam kumpulan kata majmuk yang mantap seperti  suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.Ejaan04.02.2014
apakah padanan perkataan "genset" dan "solar hybrid" dalam bahasa Melayu? terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi genset ialah jana kuasa, manakala solar hybrid ialah hibrid suria.Istilah07.06.2017
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih.Assalammualaikum WM WBT.
SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti.
SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat.
SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat.
Tatabahasa23.04.2014
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021

Kembali ke atas