Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mesti, tidak boleh tidak; b) tidak dgn sepenuh hati (mem­buat sesuatu pekerjaan dsb), acuh tak acuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Kalau dedak kata dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau tidak kata tidak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jikalau tiada dapat dibaiki,
     jangan pula dipecahkan.

Bermaksud :

Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
do not disturb cardkad jangan gangguPentadbiran PerniagaanTiadaKad yang digantung pada tombol pintu yang mengandungi mesej bahawa penghuni bilik tersebut tidak mahu diganggu atau tidak memerlukan sebarang servis.
nullum crimen sine legenullum crimen sine legeUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu sebagai satu jenayah ketika individu berkenaan melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada suatu perbuatan yang bukan jenayah ketika ia dilakukan dijadikan sebagai satu jenayah yang boleh dihukum. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada jenayah tanpa undang-undang�.
nulla poena sine legenulla poena sine legeUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan hukuman bagi apa yang dilakukannya ketika individu tersebut melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada seseorang yang melakukan suatu perbuatan yang bukan jenayah dan tidak ditetapkan hukumannya ketika ia dilakukan, dan dia dihukum kerana melakukan perbuatan tersebut. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada hukuman tanpa undang-undang�.
persiflagekata sendaKesusasteraanPuisiPerkataan yang dipilih dan digunakan bertujuan untuk menyampaikan amanat penyair yang mengandungi nada senda atau gurauan. Contohnya, petikan lagu "Gurindam Jiwa" dari filem Melayu lama. Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak dilupa, Sebagai rambut bersimpul mati. Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda; Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga.
inexact rhymerima tak tepatKesusasteraanPuisiPembentukan bunyi rima awal, rima tengah mahupun rima akhir tidak tepat ataupun sumbang. Contohnya, seperti pantun di bawah. Ramai orang pergi menjala, Bawa bakul berserta sumpit; Jagalah diri jangan tercela, Rosak nama bangsa terpalit.
didactic poetrypuisi didaktikKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi pemikiran dan unsur nasihat kepada semua lapisari masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Contohnya, seperti pantun di bawah. Pinang muda dibelah dua, Manik-manik mati dirambah: Dari muda sampai tua, Pengajaran baik jangan diubah.
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.
metrical fillerspengisi matrisKesusasteraanTiadaSuku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�.
12

Kembali ke atas