Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ngat] | جاڠت

Definisi : 1. kulit (rotan, kayu, dll) di luar; 2. kulit rotan yg sudah diraut (utk dibuat tikar dll); 3. kulit haiwan atau manusia; 4. Jw tali yg dibuat drpd kulit; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; keras ~nya kebal; makan ~ sangat miskin, papa; tebal ~nya tidak berperasaan; ~ liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari; tinggal ~ pemalut tulang prb sangat kurus; menjangat, menjangati, menjangatkan mem­­bersihkan atau melicinkan rotan yg telah dibelah, menguliti, meraut: tolong jangatkan rotan ribu yg aku belah tadi; penjangat alat utk menjangat: pisau ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngat] | جاڠت

Definisi : Kl menekan perut ketika hendak me­­lahirkan anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ngat] | جاڠت

Definisi : 1 kulit luar (rotan, kayu dsb). 2 kulit haiwan atau kulit manusia. menjangat membersihkan atau melicinkan rotan dsb yg telah dibelah-belah. penjangat alat utk menjangat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangat

Puisi
 

Kalau nak dulang dulang puan,
     Jangat-jangat batang padi;
Kalau nak pulang pulang tuan,
     Ingat-ingat jalan ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jangan liat kurang panggang.

Bermaksud :

Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jangat (Ib.)jangat (Ib.)KesenianTiada1. Alat untuk meraut, menghaluskan dan melicinkan bilah rotan.,2. Alat untuk membelah rotan.

Kembali ke atas