Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. bulu yg tumbuh di dagu; 2. Jw dagu; ~ labium (Bio) janggut berhampiran mulut (pd Artropoda spt udang dll); ke­bakaran ~ bp dlm keadaan bingung; pak ~ ki orang Benggali; sebesar ~ udang Kl ki perihal sedikitnya (halusnya) emas yg dipunyai; berjanggut mempunyai (memakai) janggut; sungguh ~ tiada berjubah prb tidak sem­purna syarat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : 1. ~ keli a) sj tumbuhan, ge­ronggong semut; b) sj tumbuhan, bongbong; 2. ~ rimau sj tumbuhan, bunga kawah; akar ~ baung sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes polita; 3. rumput ~ ali sj rumput yg tinggi, Panicum sarmentosum; rumput ~ kuau sj rumput tinggi, rumput purun batu, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gut] | جڠݢوت

Definisi : rambut atau bulu yg tumbuh di dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janggut

Puisi
 

Panjang janggut Si Tuan Tambi,
     Panjang seratus sembilan puluh;
Nasib apalah di tahun ini,
     Padi ditanam lalang yang tumbuh.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti janggut pulang ke dagu.

Bermaksud :

Memang sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah maksud menyelati? Contoh penggunaan: menyelati jari tangan, jari kaki, misai dan janggut (biasanya digunakan dalam istilah berwuduk) Terima kasih.Maksud menyelati mengikut penggunaan istilah dalam berwuduk ialah melalukan air atau membersihkan di celah-celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut.Makna20.07.2019
Kepada tokoh DBP yang berpengalaman dalam bidang Tatabahasa, Di sini saya ingin mengemukakan satu soalah yang berkaitan tentang penggunaan kata Pemeri "ialah" dan "adalah". Pada pemahaman saya, kata Pemeri "ialah" hadir sebelum KATA NAMA (FN) sahaja, manakala kata Pemeri "adalah" hadir sebelum KATA ADJEKTIF (FA) dan KATA SENDI (FS). Tetapi saya banyak melihat penulis buku yang selalu meletakkan "adalah" di depan kata Nama. Contoh ayat: Tok Janggut adalah pejuang yang kita hormati. Dalam ayat tersebut, objek, iaitu pejuang bukankah kata Nama? Jika kata Nama, bukankah "ialah" adalah lebih sesuai? Jadi, Tok Janggut ialah pejuang yang kita hormati. Ayat ini saya rasa barulah betul. Apakah pendapat para tokoh DBP tentang kekeliruan tersebut? Sila jawab pertanyaan saya. Terima kasih atas bantuan anda!

 Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti Tok Janggut ialah pejuang yang kita hormati. Manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263.

Tatabahasa27.04.2014

Kembali ke atas