Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1. = ~ lukis alat berkaki dua yg dapat dilebarkan atau disempitkan kakinya utk membuat bulatan (mengukur jarak pd peta dll); 2. alat utk membelah daun mengkuang atau daun pandan menjadi jalur-jalur kecil; 3. alat menyukat atau mengukur sesuatu (suhu, arus elektrik, dll); ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi; ~ cahaya alat utk menyukat atau membandingkan kekuatan cahaya drpd sumber yg berbeza, fotometer; ~ galvani alat utk menyukat arus elektrik, galvanometer; ~ halus alat utk mengukur jarak atau sudut yg kecil dgn tepat, mikrometer; ~ hayat jangka masa atau tempoh hidup se­seorang atau kegunaan sesuatu (alat, jentera, dll); ~ kalori alat utk menyukat banyaknya haba yg dikeluarkan (diserap atau dialirkan), kalorimeter; ~ laju alat utk menyukat laju, meter laju; ~ lembap alat utk menyukat banyak atau sedikitnya wap air dlm udara, higrometer; ~ sudut alat utk mengukur atau melukis sesuatu sudut, protraktor; ~ suhu alat utk menyukat tinggi rendah suhu pd sesuatu ketika, termometer; ~ tekanan alat utk me­nyukat tekanan udara, barometer; ~ tekanan gas alat utk menyukat tekanan gas, mano­meter; ~ tinggi alat utk menyukat tinggi tempat dr paras muka laut, altimeter; ~ tolok alat utk membuat bulatan (lengkok), ruang, dan me­nentukan jarak jauh; ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair, hid­rometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (had­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : harapan, niat, tujuan: ~ teman makan anak-beranak lepaslah; menjangka mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 alat utk memotong daun mengkuang supaya menjadi jalur-jalur kecil. 2 alat utk menyukat atau utk mengukur sesuatu. ~ bunyi alat utk menguji pendengaran orang pekak atau utk menguji bunyi. ~ cahaya alat utk menyukat kekuatan cahaya; fotometer. ~ galvani alat utk mengesan dan menyukat arus elektrik; galvanometer. ~ kalori alat utk menyukat haba (yg dihasilkan oleh bahan tertentu akibat drpd sesuatu tindak balas dsb); kalorimeter. ~ laju alat utk menyukat lajunya perjalanan sesebuah kenderaan (spt dlm kiraan kilometer per jam). ~ lembap alat utk menyukat wap air dlm udara; higrometer. ~ lukis alat berkaki dua yg dpt dilebarkan atau disempitkan utk membuat bulatan atau utk mengukur jarak pd peta. ~ sudut alat utk menyukat atau melukis sudut; protraktor. ~ suhu alat utk menyukat suhu; termometer. ~ tumpat alat utk menyukat ketumpatan sesuatu cecair. menjangka 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jang.ka] | جڠک

Definisi : 1 masa (ukuran, ruang) yg telah ditentukan lamanya (panjangnya, luasnya dsb): Dlm ~ enam bulan, rumah itu akan siap. 2 tingkat atau had masa (dlm sesuatu usaha, peristiwa dsb): ~ panjang dlm tingkat atau had masa yg panjang (lama); ~ pendek dlm tingkat atau had masa yg pendek (singkat). menjangka 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. jangkaan apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dari komputer sumber ke komputer destinasi tanpa bergantung pada pertukaran terdahulu antara komputer sumber, komputer destinasi dan rangkaian itu sendiri. Paket ini tidak bergantung pada pertukaran terdahulu kerana tiada hubungan jangka masa yang tetap antara dua titik hubungan ini seperti suara perbualan telefon. DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan kepada DES ralat bit (Ig. bit error rate (BER); Br. kadar ralat bit; Id. kadar ralat bit) Bilangan bit yang mempunyai ralat dibahagikan dengan jumlah bit yang dipindah, dihantar, atau diproses dalam jangka masa tertentu. kaedah umpan madu (Ig. honeypot method; Br. kaedah pasu madu; Id. metode pot madu) Kaedah yang digunakan untuk memerangkap aktiviti pengguna hasad dengan menyediakan ruangan palsu yang boleh

Kembali ke atas