Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru; saya rujuk Khidmat Nasihat di prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan ejaan yang betul, tetapi nampak jawapan yang menambah kekeliruan. Contohnya, ejaan jangka masa. Pada 5/4/2011, jawapannya jangka masa (eja dijarakkan). Pada 13/3/2009 jawapannya jangkamasa (ejaan dirapatka). Tiada nota mengatakan sama ada yang satu ejaan baharu dan yang satu lagi ejaan lama.Ejaan yang tepat ialah dua perkataan, iaitu jangka masa. Untuk lebih terperinci, puan boleh membuat rujukan melalui jangka+masa">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jangka+masaEjaan13.05.2018
BERIKAN DEFINISI ZAMAN SERTA PRASEJARAHMaksud zaman ialah jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya). Pra sejarah pula ialah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Makna06.06.2008
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awalIstilah05.04.2011
Kenapa tarikh luput di Sijil Pengesahan Bahasa dalam jangka masa setahun? Bukan ikut tarikh promosi iklan?Untuk makluman, tarikh luput Sijil Pengesahan Bahasa adalah dalam tempoh setahun dari tarikh pengesahan diterima. Hal ini bermakna, sijil tersebut boleh diguna pakai dalam tempoh setahun dan tidak perlu membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk visual iklan  dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sama dalam tempoh tersebut.Lain-lain10.05.2021
Jangka pendek atau jangka masa pendek? Manakah lebih tepat digunakan dalam ayat.Salam sejahtera,

Tuan,

Jangka pendek yang betul. Jangka sudah bermaksud masa.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2019
saya ingin mengetahui maksud kata mendaur ulang yang ditemui dalam laman sesawang. Apakah kata dasar kata ini dan bagaimanakah cara penggunaannya yang tepat dalam ayat?Mengikut sumber rujukan kami tiada perkataan mendaur ulang. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata daur ialah jangka masa tertentu; daur besar jangka masa 120 tahun; daur kecil jangka masa lapan tahun, windu. Mohon kerjasama tuan untuk memberikan alamat laman sesawang tersebut kepada pihak kami untuk tindakan pantau tegur bahasa.Makna01.04.2009
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
selamat malam,soalan saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan dekad 1980-an.tahun bilakah ia bermula dan berakhir.

Dekad: jangka masa sepuluh tahun: ~ pertama dlm abad dua puluh ialah dr tahun 1901 hingga tahun 1910.

Dekad 1980-an (1980-1989).

Makna05.10.2009
Saya agak keliru dengan penggunaan istilah kurun dan abad. Bilakah kata tersebut digunakan untuk memaknai 'century'?Kurun dan abad membawa maksud yang sama, iaitu jangka masa seratus tahun. Perkataan tersebut mula digunakan secara meluas apabila terakam dalam kamus.Makna25.12.2018
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih.Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan.Lain-lain26.05.2019
12345

Kembali ke atas