Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ka.an] | جڠکاءن

Definisi : apa-apa yg dijangka, dugaan, sang­kaan: pertemuan ini pun di luar ~ sama sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka.an] | جڠکاءن

Definisi : apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lebih selesa daripada jangkaan anda ATAU lebih selesa dari jangkaan anda ? Terima KasihYang betul ialah Lebih selesa daripada jangkaan anda.Tatabahasa26.06.2008
Dalam ayat berikut, betulkah frasa "kirakan jangkaan masa akhirnya"? Atau sepatutnya "kirakan masa akhir jangkaannya"? Sekiranya pelari lorong ketiga membuat larian 200 m dengan kelajuan yang seragam, kirakan jangkaan masa akhirnya. Terima kasihFrasa yang betul ialah "kirakan jangkaan masa akhirnya".Tatabahasa06.08.2014
bolehkah saya menggunakan terjemahan 'jangkaan hasil' bagi 'outcome expectation'?terima kasihBetul, outcome expection diterjemahkan kepada jangkaan hasil.Istilah06.07.2012
terangkan makna sebenar perkataan ini, TAHU, SELIDIK, JANGKAAN, TANGGAP, MAKLUM.Makna tahu ialah maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti. Selidik pula bermakna teliti dan cermat. Manakala makna bagi perkataan jangkaan pula ialah apa-apa yg dijangka, dugaan, sangkaan. Makna bagi perkataan tanggap ialah memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan. Makna perkataan maklum ialah sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Harap maklum.Makna29.10.2007
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
apakah yang dimaksudkan dengan kalimah-kalimah ini, yang pertama ingat, kedua maklum, ketiga tanggap, keempat hasrat, kelima jangkaan, keenam teka, ketujuh selidik dan yang kelapan faham. kalau boleh tolong bezakan semuanya. satu lagi soalan iaitu berikan saya beberapa contoh yang menunjukkan pemikiran intuitif (intuisi) itu berlaku?Perbezaan boleh dilihat berdasarkan makna setiap perkataan yang berikut; ingat-masih ada dlm fikiran, maklum-faham/mengerti, tanggap-memerhatikan dgn teliti, hasrat-keinginan yg kuat utk memiliki/melakukan sesuatu, jangkaan-apa-apa yg dijangka/sangkaan, teka-menduga-mengagak, selidik-teliti/cermat, faham-pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu/pengertian. Intuitif bermaksud daya atau kebolehan memahami (mengetahui, merasai) sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara sedar, gerak hati, dan perbincangan/contoh2 tentangnya perlu merujuk buku-buku ilmiah yg dihasilkan mengenainya.Makna29.10.2007
perkiraan vs pengiraan?"Perkiraan"  bermaksud  hal berkira-kira; perhitungan; jangkaan. Manakala  "pengiraan"  bermaksud hal atau perbuatan mengira.
Makna21.02.2020
Apakah perbezaan unjuran dan anggaranDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, unjuran bermaksud anggaran atau jangkaan tentang sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dan sebagainya) pada masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat unjuran  keuntungan yang lebih berbanding dengan ke­untungan pada tahun lalu.

Manakala anggara pula bermaksud jumlah yang dianggarkan, per­hitungan atau perkiraan secara kasar: Beri anggaran berapa liter minyak diperlukan untuk perjalan­an 1000 km?; anggaran pendapatan dan perbelan­jaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira:...  ia hendak berhenti di situ anggaran empat lima malam lagi.


Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai  makna yang hampir sama cuma dibezakan mengikut konteks ayat.
Makna19.12.2017
maksud unjuranUnjuran membawa maksud; bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, atau bahagian tempat kaki mengunjur dan anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi.Makna30.06.2009
Perkataan "ekspektasi" sering diguna untuk mengganti perktaan bahasa Inggeris"expectation". Adakah perkataan Bahasa Malaysia yang lebih sesuai?Perkataan ekspektasi tidak ada dalam bahasa Melayu, terjemahan/padanan expectation dalam bahasa Melayu ialah jangkaan atau harapan (mengikut bidang penggunaannya).Istilah17.06.2009
12

Kembali ke atas