Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ka.an] | جڠکاءن

Definisi : apa-apa yg dijangka, dugaan, sang­kaan: pertemuan ini pun di luar ~ sama sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ka.an] | جڠکاءن

Definisi : apa-apa yg dijangka; dugaan; sangkaan: Kemenangan ini di luar ~ kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impending motiongerakan jangkaanMekanikGunaanKeadaan pegun yang dialami oleh jasad sebaik sahaja gerakan akan berlaku di bawah tindakan daya kenaan dan daya geseran. Keadaan gerakan jangkaan ini amat penting dalam kajian tentang geseran. Dalam keadaan berkenaan, daya geseran yang wujud di permukaan sentuh yang terlibat merupakan nilainya yang maksimum yang mampu diterbitkan oleh permukaan-permukaan yang bersentuhan itu. Jika daya kenaan ditambah lagi pada arah kecenderungan gerakan, daya geseran tidak lagi dapat mengimbanginya dan gerakan nisbi akan berlaku. Nilai daya geseran yang berpadanan dengan gerakan jangkaan diberikan oleh hubungan (Fs)maks = μsN, dengan Fs sebagai daya geseran statik, μs sebagai pekali geseran statik yang berkenaan dan N sebagai tindak balas normal di antara dua permukaan yang bersentuhan itu. Sebelum keadaan gerakan jangkaan wujud, nilai daya geseran statik adalah kurang daripada nilai tersebut dan boleh ditentukan melaui keseimbangan dengan daya kenaan. Lihat juga geseran had.
contingency approachpendekatan luar jangkaanPengurusanPerancanganSuatu konsep pengurusan yang percaya bahawa tiada satu cara atau satu kaedah sahaja yang boleh menyelesaikan masalah. Pendekatan luar jangkaan mengambil kira beberapa cara atau kaedah dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang dijangkakan mengikut keadaan dan konteks permasalahan. Pendekatan luar jangkaan digunakan untuk meningkatkan kesediaan dalam membuat keputusan dengan alternatif supaya hasil keputusan yang terbaik diperoleh dalam situasi yang berubah. Contohnya, syarikat memperuntukkan sejumlah amaun khas sebagai tambahan kepada keseluruhan belanjawan tahunan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan perubahan harga bahan mentah. Sinonim pendekatan kontingensi.
contingency planrancangan luar jangkaanPengurusanPerancanganSuatu keputusan di peringkat perancangan yang memastikan terdapat tindakan segera dan sesuai, sekiranya berlaku sesuatu keadaan kecemasan dan gawat. Rancangan luar jangkaan dilakukan untuk memastikan aktiviti perniagaan tidak terjejas atau terhenti disebabkan tiada tindakan segera, apabila berlaku sesuatu masalah. Sekiranya tiada rancangan luar jangkaan diambil, berkemungkinan akan berlakunya kerugian atau kehilangan pelanggan disebabkan oleh operasi yang terhenti. Contohnya, pengilang membina rangkaian syarikat pembekalan sesuatu bahan mentah bagi memastikan pengeluaran tidak terjejas sekiranya salah satu pembekal gagal beroperasi. Sinonim rancangan kontingensi.
expected mortalitykemortalan jangkaaninsuransTiadaJangkaan berlakunya kematian dalam satu kumpulan tertentu dalam tempoh yang ditetapkan mengikut jadual kemortalan.
due outjangkaan daftar keluarPentadbiran PerniagaanTiadaJangkaan penginap meninggalkan bilik hotel mengikut waktu dan hari yang telah ditetapkan.
expected check-outjangkaan daftar keluarPentadbiran PerniagaanTiadaJangkaan penginap meninggalkan bilik hotel mengikut waktu dan hari yang telah ditetapkan.
market expectations theoryteori jangkaan pasaranPentadbiran PerniagaanTiadaTeori yang mengatakan struktur kadar faedah adalah bergantung kepada jangkaan pasaran terhadap kadar faedah masa hadapan.
crop forecastramalan hasil tanamanPertanianAgronomi

 Jangkaan hasil tanaman yang diperoleh dalam sesebuah kawasan bagi sesuatu musim. Kaedah jangkaan ini berdasarkan ramalan keadaan cuaca, terutamanya jumlah hujan dan musim kemarau. Sekiranya diramalkan berlaku musim kemarau yang panjang, iaitu apabila dijangka berlaku fenomena El Nino pada sesuatu tahun, hasil tanaman akan diramalkan turun sehingga 20 peratus. Bagi tanaman saka seperti kelapa sawit, sekiranya berlaku kemarau pada tahun ini, ramalan hasil tanaman kelapa sawit pada tahun depan akan diturunkan kerana hasil kelapa sawit dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berlaku semasa bunga baru muncul, iaitu 9 bulan sebelum buah dapat dituai.

expectationjangkaanFizikTiadaTiada
expectationjangkaanMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas