Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ki.tan] | جاڠکيتن

Definisi : kejadian (penyakit dsb) ber­jangkit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ki.tan] | جاڠکيتن

Definisi : kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangkitan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif terbesar jangkitan COVID-19 yang disahkan di Asia Tenggara. Betulkah susunan ayat itu? Atau.. Dalam beberapa minggu, Malaysia telah mencatat jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 yang disahkan yang terbesar di Asia Tenggara. Saya masih keliru. Wujudkah formula 1+3+2 ayat songsang seperti ayat pertama yang saya nyatakan di atas.
Kedua-dua ayat di atas boleh digunakan, mengikut susunan yang hendak ditekankan atau diberikan penegasan. 
Tatabahasa26.12.2020
....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk ayat di atas, pegawai perubatan perlu huruf besar atau kecil ye?

Berdasarkan contoh teks “....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan”, ejaan “pegawai perubatan” ditulis menggunakan huruf kecil.

Tatabahasa09.11.2023
Sehingga kini, Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi kedua-dua jumlah kes jangkitan COVID-19 serta kematian akibat COVID-19 di belakang Indonesia dan Filipina. Betulkah ayat di atas? Adakah ada unsur lewah di dalam ayat?Cadangan jawapan yang sesuai ialah Sehingga kini, Malaysia berada pada kedudukan ketiga, iaitu dari segi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kematian akibat COVID-19. Kedudukan ini mendahului Indonesia dan Filipina.Tatabahasa05.06.2021
Ayat mana satukah betul? " Kawalan rantaian jangkitan terlalu lemah di Amerika Syarikat sehingga/hingga menyebabkan berlaku gelombang kedua." Adakah gelombang ketiga dikira had atau tidak tetap hadnya? Jadi "hingga" atau "sehingga" yang tepat.Kata "hingga" dan "sehingga" boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa05.12.2020
Betulkah ayat di bawah? Dan untuk kata nama selepas 'diikuti dengan', perlukah betul2 mengikut urutan Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan iaitu Kelantan diikuti dengan sebahagian Kedah dan Selangor, Kuala Lumpur, sebahagian Johor, Terengganu dan Perak pada awal bulan Mei 2021.Ayat yang lebih tepat ialah Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan diikuti dengan Perak pada awal bulan Mei 2021.Tatabahasa07.05.2021
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021
Betulkah ayat pasif tanpa predikat daripada segi tatabahasa? Contoh: Sejak pertengahan bulan April 2021, PKP dilaksanakan sekali lagi di beberapa buah negeri yang mempunyai kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian. Adakah benar ayat tersebutAyat tersebut adalah betul. Tatabahasa16.05.2021
Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin di bawah kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 dalam populasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk. Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?

Cadangan ayat yang betul ialah Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin bawah kerajaan pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan populasi rakyat dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk.

Tatabahasa23.09.2021

Kembali ke atas