Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ki.tan] | جاڠکيتن

Definisi : kejadian (penyakit dsb) ber­jangkit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.ki.tan] | جاڠکيتن

Definisi : kejadian berjangkit: Dia sakit kerana terkena ~ kuman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangkitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary infectionjangkitan sekunderBiologiPatologiJangkitan yang dilakukan oleh inokulum patogen yang dihasilkan, dan disebarkan daripada jangkitan primer. bd. jangkitan primer.
infection pegpasak jangkitanBiologiPatologiUbahsuaian hifa yang dikelilingi oleh bahan-bahan seperti lignin, selulosa, suberin dan lain-lain di dalam medan jangkitan yang berfungsi melakukan penembusan masuk ke dalam sel perumah. Contoh pasak jangkitan ialah ligniubi. bd. tiub jangkitan, hifa jangkitan.
infection tubetiub jangkitanBiologiPatologiUbahsuaian hujung tiub kecambah yang masuk ke dalam sel perumah dan melakukan penjangkitan. bd. hifa jangkitan, pasak jangkitan.
primary infectionjangkitan primerBiologiPatologiJangkitan awal yang berlaku pada sesuatu perumah di suatu kawasan akibat serangan inokulum primer. Apabila jangkitan primer ini berkembang, maka ia akan menjadi fokus jangkitan yang akan menyediakan inokulum sekunder untuk melakukan jangkitan sekunder.
appressoriumapresoriumBiologiPatologiUbahsuaian yang berupa benjolan pada hujung hifa, atau tiub kecambah kulat patogen yang memberi tenaga tambahan untuk menekan struktur patogen yang masuk ke dalam sel perumah. Misalnya pasak jangkitan, hifa jangkitan dan tiub jangkitan.
food-borne infectionjangkitan bawaan makananMakanan dan PemakananTeknologi MakananJangkitan yang terjadi apabila organisma penyakit dibawa melalui makanan kepada perumah. Organisma jangkitan seperti Salmonella dan Escherichia coli menyerang tisu perumah dan membiak sehingga menyebabkan penyakit. Gejala am jangkitan adalah sama seperti gejala am intoksikasi makanan. Lihat juga intoksikasi makanan.
water-borne infectionjangkitan bawaan airMakanan dan PemakananTeknologi MakananJangkitan yang terjadi apabila organisma penyakit dibawa melalui air kepada perumah. Organisma jangkitan seperti Vibrio cholerae dan Escherichia coli menyerang tisu perumah dan membiak sehingga menyebabkan penyakit. Gejala am jangkitan ini serupa dengan gejala am intoksikasi makanan. Lihat juga intoksikasi makanan.
subclinical infectionjangkitan subklinikalAIDSTiadaJangkitan tanpa gejala atau tanda penyakit. Jangkitan ini boleh dipastikan dengan melakukan ujian makmal.
vehiclealat perantaraanKejururawatanTiadaObjek yang memindahkan sesuatu agen jangkitan daripada punca jangkitan kepada hos baharu.
infection structurestruktur jangkitanBiologiPatologiSebarang bahagian patogen atau ubahsuaiannya yang berupaya melakukan jangkitan pada tumbuhan. Contohnya pasak jangkitan.
12345678910...

Kembali ke atas