Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.jang] | جنجڠ

Definisi : Mn tangga; berjanjang 1. bertangga; 2. melalui tangga (naik atau turun); ~ naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing, me­nurut peraturan yg biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janjang

Peribahasa

Naik dari janjang,
     turun dari tangga.

Bermaksud :

Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. janjang = jenjang.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
janjangMn tangga; berjanjang 1. bertangga; 2. melalui tangga (naik atau turun); ~ naik, bertangga turun prb menurut darjatnya masing-masing, me­nurut peraturan yg biasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
tupai janjangsj tupai, Ratufa bicolor;Kamus Dewan Edisi Keempat
terleraidipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tupaisj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lerai; berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi: seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus ~; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang ber­tumbuk; penyakit jiwa susah hendak dilerai­kan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll); peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; pelerai 1. orang yg meleraikan (orang ber­kelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggatangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh.Kamus Dewan Edisi Keempat
naik1. bergerak ke atas: asap ~ ke udara; bulan ~ dr satu hari bulan hingga lima belas hari bulan (bulan sabit hingga bulan penuh); tegak ~ a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9.30 pagi); b) sudah mulai besar (budak yg berumur lebih kurang 15 tahun); 2. ber­gerak ke tempat yg lebih tinggi, mendaki, memanjat, masuk ke rumah (ikut tangga): maka ia pun berjalanlah, ~ bukit turun bukit hingga ke suatu padang yg luas; dgn segera pintu dibuka oleh isterinya, dan ia pun ~ cepat-cepat; 3. mengenderai (kuda, kereta, dll), masuk ke kenderaan: ~ kereta ke Pulau Pinang; ~ lif ke tingkat empat; 4. bertambah tinggi (mahal, besar, banyak, dll) drpd yg mula, bertambah, meningkat: ~ dan turunnya jualan tuan pd tiap-tiap bulan terpulanglah kpd kecekapan tuan mengurus perniagaan; semua harga barang ~; kalau pangkat ~ gaji pun akan ~; 5. tumbuh menjadi besar (tinggi dll): padi sedang ~; 6. menjadi, berubah menjadi: air mukanya dgn serta-merta ~ merah padam, dgn itu aku ~ pelik pula; 7. kembang atau mengembang (bkn adunan kuih): pukul telur sehingga ~; biarkan adunan roti itu ~;~ angin = ~ kepala angin tidak dapat mengawal diri kerana sangat marah dll; ~ apel = ~ banding Id memohon ke pengadilan yg lebih tinggi; ~ basuh kaki tidak diperlukan mengongkosi perbelanjaan kenduri kahwin (bkn pengantin laki-laki); ~ besar sudah mulai besar (anak-anak); ~ darah (menjadi) marah; ~ darat naik ke darat (turun dr kapal); ~ darjat menjadi tinggi darjatnya; ~ daun a) mendapat (keuntungan atau kesenangan); b) bernasib baik atau beruntung (dlm perjudian dll); ~ gaji mendapat gaji yg lebih tinggi; ~ gembira sl menjadi gembira (berani, suka berkelahi, dll); ~ geram menjadi marah; ~ gila a) menjadi gila; b) terlalu asyik akan sesuatu; ~ haji pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima; ~ harga menjadi mahal (berharga lebih drpd biasa); ~ hati menjadi girang (sombong); ~ kapal a) mula naik ke kapal; b) belayar dgn kapal, me­numpang kapal; ~ kelas Id meningkat ke darjah yg lebih tinggi; ~ (di, di atas) kepala berbuat sesuatu yg melampaui batas; ~ lemak menjadi terlalu manja (dan melampau perbuatannya); ~ marah bangkit marahnya, menjadi marah; ~ mempelai a) menjadi pengantin, berkahwin; b) pertama kali tidur dgn isteri; ~ merik Id bertambah besar kehormatannya; ~ minyak menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; ~ nobat Mn menjadi pengantin, berkahwin; ~ palak a) menjadi panas hati, meradang; b) berasa tidak senang, susah; ~ panas menjadi marah; ~ pangkat mendapat jawatan yg lebih tinggi; ~ pelamin Mn menjadi pengantin; ~ pitam a) mendapat pitam (menjadi pening); b) menjadi marah atau panas hati; ~ radang meradang; ~ raja sl menjadi raja; ~ saksi a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); ~ semangat bertambah semangat (bertambah berani dll); ~ seri kelihatan manis, berseri dsb selepas disolek, diandam dsb; ~ setum Id bp menjadi marah; ~ syeikh bp lupa diri, hilang pertimbangan; ~ takhta ditabalkan menjadi raja; ~ tangan beruntung, bertuah; ~ tocang bp besar kepala, lupa diri, menjadi manja dan melampau perbuatan; bulan ~, matahari ~ prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan; ~ dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya; ~ melompat, turun terjun = ~ membilang anak tangga, turun se­langkah jejaklah ke bumi = ~ spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalu­nya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali; menaik bergerak ke atas: kelok tersebut ~ semula; menaik-naik bp makin naik, menjadi-jadi: kebosanannya itu mulai ~ apabila suaminya tidak pulang-pulang; menaiki 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); menaikkan 1. menjadikan naik (tinggi), meninggikan: ~ layang-layang; ~ bendera; 2. membawa ke tempat tinggi: maka Seri Rama dan Sita Dewi pun dinaikkan oranglah ke atas gunung-gunungan; 3. meletakkan ke atas kenderaan (kereta, gajah, perahu, dll): akan Semar dan Jemuras pun ~ per­bekalan­nya ke atas kudanya; kuli-kuli sedang ~ barang ke kapal; 4. menjadikan lebih tinggi (pangkat, gaji, taraf hidup, dll); 5. menjadikan bertambah tinggi (semangat, kemarahan, dsb): kata-kata perangsang itu ~ semangat­nya utk belajar bersungguh-sungguh lagi; ~ cukai meninggikan cukai; ~ darah me­nyebabkan jadi marah; ~ gaji meninggikan atau menambah gaji; ~ harga meninggikan harga; ~ pangkat meninggikan pangkat; ~ semangat membesarkan semangat (mem­beranikan, menggembirakan); 6. menjadi naik (kembang, bkn adunan kuih, dsb): serbuk penaik dicampurkan utk ~ adunan kuih itu; naik-naikan Id, bp waktu murid naik darjah; kenaikan 1. sesuatu yg dinaiki, kenderaan: apabila ~nya itu berhenti di hadapannya, dia pun menaikinya; 2. perihal naik (pangkat, gaji, hasil pertanian, dll), naiknya: bilangan pegawai akan ditambah dan ~ pangkat akan dimudahkan; penaikan perihal atau perbuatan menaik­kan; penaik; bahan ~ bahan yg digunakan utk menaikkan adunan kuih (spt serbuk penaik dsb); ~ darah orang yg lekas marah, pemarah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas