Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantan

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jantan Seorang JantanShukery MohamedMingguan Timur27.08.1978
Jantan Yang GagahOnn Abdul RahmanMingguan Malaysia01.09.1974
Rahim Jantan pakar muzik tradisionalKhadijah IbrahimUtusan Malaysia27.06.2007
Ayam jantan yang nyaring kokoknya..Samad IdrisMingguan Malaysia15.10.1989
Kambing JantanDharmala N. SUtusan Zaman27.03.1977
Kambing JantanDharmala N. SUtusan Zaman27.03.1977
Ayam Jantan, Tanak Wagu dan SumandakMohd Shukri MajalinHarian Ekspress18.04.1991
Lembu Jantan Gatal TandukDharmala N. SUtusan Zaman01.07.1976
When 'jantan' can be insulting or machoAdibah AminSunday Star11.06.1995
"Lima Jantan, Lima Betina' di Dewan BandarayaRidhuan AhmadUtusan Melayu03.05.1973
123456789

Kembali ke atas