Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantan

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kejantan-jantananseakan-akan jantan, spt jantan: kecantikannya memukau semua orang, tetapi keletah ~nya itu mengurangi keayuannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ciapitsj tumbuhan (pokok), gading jantan, semangkuk jantan, Coffea malayana.Kamus Dewan Edisi Keempat
kokokbunyi yg dikeluarkan oleh ayam jantan (pd waktu subuh dll). berkokok mengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kokokbunyi yg dikeluarkan oleh ayam jantan (pd waktu subuh dll). berkokok mengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk.Kamus Pelajar
ayam jantanayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur);Kamus Dewan Edisi Keempat
sperma(Bio) benih (haiwan) jantan, sel pembiakan (haiwan) jantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkokokmengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkokokmengeluarkan kokok (bkn ayam jantan dll): Ayam jantan ~, ayam betina berketuk.Kamus Pelajar
berkokok1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan);Kamus Dewan Edisi Keempat
rambahan bukitsj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas