Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1. jantina yg tidak boleh membiak (beranak) (utk binatang, tumbuhan-tumbuhan, dll): ayam ~; betik ~ betik yg hanya berbunga tetapi tidak berbuah; 2. ki (orang yg) berani, gagah: siapa yg ~ antara kamu, datanglah ke hadapan; 3. ki mempunyai sifat laki-laki (besar, panjang, dsb); busut ~ busut yg besar serta lancip; embun ~ embun yg titiknya besar (kasar); 4. bahagian alat atau perkakas yg direka bentuk utk dimasukkan ke dlm lubang atau soket (bahagian betina); kasau ~ kasau yg letaknya di sebelah atas; pahat ~ pahat yg lancip tajam; 5. bp lelaki yg dianggap kaki perempuan serta rendah akhlaknya; berjantan ki bersetubuh (bagi orang perempuan), bersetubuh dgn orang laki-laki; menjantani melakukan persetubuhan (bkn binatang); kejantanan perihal jantan: tengkorak mangsa ngayau menjadi lambang keberanian dan ~ suku bangsa itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tan] | جنتن

Definisi : 1 jenis kelamin yg berlawanan dgn betina (digunakan utk binatang atau utk tumbuh-tumbuhan): Ayam ~ mempunyai susuh di kaki. Betik ~ tidak berbuah. 2 gagah; berani; handal: Sesiapa yg ~ di antara kamu, marilah! 3 mempunyai sifat yg lebih (besar, kasar dsb) drpd biasa: embun ~ embun yg kasar titisannya. kejantanan sifat jantan (spt keberanian; kegagahan dsb); kelelakian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantan

Puisi
 

Kerbau saya kerbau jantan,
     Dia makan padang senduduk;
Kapur saya kapur intan,
     Jangan dicedok dengan telunjuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Perkataan mengekor itik jantan.

Bermaksud :

Menyindir dan menyombongkan diri. mengekor = macam ekor.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Bruce effectkesan BruceVeterinarPraklinikalMuslihat rodensia jantan atau babi jantan untuk menyekat kebuntingan betina daripada pengawanan jantan sebelumnya. Muslihat ini menyebabkan betina estrus semula. Kesan ini tidak berlaku sekiranya jantan kembiri atau jantan belum matang dicampurkan dengan betina bunting.
sireinduk jantan/baka jantanPerikananTiadaTiada
sireinduk jantan/baka jantanPertanianTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantan; tualPerhutananTiadaTiada
sireinduk jantan/baka jantanVeterinarTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantanVeterinarTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantan; sanggaGeografiTiadaTiada
ayam jantanayam jantanKesenianTiadaMotif tekat berunsur makhluk yang mengambil bentuk ayam jantan.
male hormonehormon jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks yang dihasilkan oleh haiwan jantan di testis. Hormon seks ini dikenali sebagai testosteron. Hormon jantan ini berperanan menggalakkan perkembangan ciri seksual jantan serta merangsang aktiviti sekunder jantan seperti pembentukan otot, pertumbuhan tanduk atau pembentukan kelenjar bau.
male genitaliagenitalia jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOrgan pembiakan haiwan jantan terdiri daripada genitalia luaran dan dalaman. Genitalia luaran haiwan jantan terdiri daripada penis, uretra dan skrotum. Manakala genitalia dalaman haiwan jantan terdiri daripada testis, epidimis, vas deferens, vesikal seminal, prostat, kelenjar bulbouretra dan duktus pemancutan.
12345678910...

Kembali ke atas