Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.ti.na] | جنتينا

Definisi : jenis kelamin (laki-laki atau pe­rem­puan); dua ~ dua jenis kelamin, pondan; sejantina 1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-masing; kejantinaan keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan), jenis kelamin: me­minda perlembagaan utk menghapuskan beza-membeza yg berdasarkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.ti.na] | جنتينا

Definisi : jenis kelamin (sama ada lelaki atau perempuan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NISBAH JANTINA

Nisbah jantina ialah perkadaran lelaki kepada

perempuan dalam sesuatu jumlah penduduk. Kajian

tentang rekod kelahiran bagi manusia dan haiwan

lain menunjukkan bahawa banyak spesies

mempunyai lebih banyak individu daripada satu

jantina berbanding jantina yang lain. Misalnya, di

kalangan manusia, 103 hingga 107 bayi lelaki

dilahirkan bagi setiap 100 bayi perempuan.

Bagaimanapun dalam jumlah penduduk dewasa,

kaum wanita adalah lebih ramai kerana pada

puratanya, kaum wanita hidup lebih lama. Kuda

melahirkan kira-kira 98 ekor anak kuda jantan bagi

setiap 100 ekor anak kuda betina. Ayam pula

mempunyai nisbah 95 ekor ayam jantan bagi setiap

100 ekor ayam betina.

UMUM 
TESTOSTERON

Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang

merangsangkan perkembangan jantina lelaki.

Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan

terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar

seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan

kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga

mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan

androgen.

UMUM 
REDSHANK

Redshank ialah burung randuk di Eropah dan

utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua

jantina burung ini mempunyai tompok putih yang

ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur

putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang

berwarna jingga merah terang.

UMUM 
DEMOGRAFI

Demografi merupakan satu kajian tentang

penduduk manusia. Ahli demografi (pakar

penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur,

bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu

kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian

penduduk ataupun sampel survei kebangsaan.

UMUM 
OSTEOLOGI

Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan

struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji

tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh

menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah

melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan

umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau

haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk

kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang.

Lihat juga Tulang.

UMUM 
TETRASIKLIN

Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik

yang digunakan untuk merawat jangkitan.

Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan

mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat

Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk

merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan

penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan

tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne.

Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun

1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan

meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan

bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan

banyak mikroorganisma dapat menentang kesan

daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin

tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat

mikroorganisma ini.

UMUM 
OBESITI

Obesiti ialah keadaan kadar lemak berlebihan di bahagian tubuh sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur, jantina dan ketinggian.

PEMAKANANKaedah
KOMPLEKS OEDIPUS

Kompleks Oedipus, suatu konsep yang

digunakan dalam psikoanalisis, merupakan

keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk

mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya

daripada ibu bapa yang bertentangan jantina.

UMUM 
MIASTENIA GRAVIS

Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang

tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan

otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini

meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal

tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan

cara berehat. Penyakit ini menyerang semua

kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia

paling kerap berlaku di kalangan wanita yang

berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan

lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70

tahun.

UMUM 
MERAK

Merak ialah salah satu burung yang suka

menonjolkan diri kerana berbadan besar dan

cantik bulunya. Dari segi teknikal, perkataan merak

merujuk kepada burung merak jantan. Burung

betina dikenali sebagai burung merak betina.

Kebanyakan orang menggunakan perkataan

burung merak bagi kedua-dua jantina.

UMUM 
12

Kembali ke atas