Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1. organ berotot yg mengepam darah ke seluruh badan; debar ~ gerakan jantung; 2. benda yg berbentuk spt jantung; ~ betis daging yg terdapat pd betis, buah betis, anjing-anjing; ~ hati a) orang yg sangat dikasihi; b) hati (pusat segala perasaan); ~ paha daging yg terdapat pd paha; ~ pisang kuntum bunga pisang; ~ tangan daging yg terdapat pd tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : ; ~ badak sj tumbuhan (pokok), jelutung badak, Ervatamia hirta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.tung] | جنتوڠ

Definisi : 1 organ di dlm rongga dada yg mengepam darah ke seluruh bahagian badan: Darah bersih dr ~ mengalir ke seluruh tubuh. 2 sesuatu yg bentuknya spt jantung 1: gasing ~. ~ betis daging yg terdapat pd betis. ~ hati a. orang yg sangat dikasihi. b. hati atau pusat bagi segala perasaan. ~ pisang kuntum bunga pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jantung

Puisi
 

Jantung ini jantung sekerat,
     Limau purut dalam ceper;
Pantun ini pantun ibarat,
     Dalam perut mencari fikir.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Makan hati,
     berulam jantung.

Bermaksud :

Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circulatory collapsekegagalan edaran darahPerubatanTiadaKegagalan edaran darah dalam badan yang mungkin disebabkan kegagalan fungsi jantung seperti infark jantung, tamponad jantung, miokarditis akut, kegagalan jantung kongestif, pegun kardiopulmonari, renjatan hipovolemia dan sepsis. Kegagalan ini mengakibatkan organ badan tidak dapat berfungsi kerana kekurangan oksigen.
cardiac pacerperentak jantungPerubatanTiadaAlat untuk mengawal kadar denyutan dan ritma jantung. Kelainan denyutan dan ritma jantung boleh disebabkan penyakit arteri koronari, lemah jantung atau penyakit jantung kongenital. Terdapat dua jenis perentak, iaitu perentak jantung sementara dan tetap. Fungsinya boleh diprogramkan mengikut mod kehendak atau mod tetap.
cardiac outputkeluaran jantung/output jantungGerontologiTiadaIsi padu darah yang dipam keluar oleh jantung pada setiap minit.
cardiac arrestpegun jantungPerubatanTiadaKeadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan jantung dan tekanan darah. Sinonim henti jantung.
congestive heart failurekegagalan jantung kongestifPerubatanTiadaSejenis kegagalan jantung akibat ketakcekapan pengepaman jantung, yang dicirikan dengan kesesakan vena dengan darah. Kesesakan darah ini mungkin berlaku di dalam peredaran peparu atau periferi, atau kedua-duanya, bergantung pada sama ada kegagalan jantung tersebut berlaku pada sebelah kanan atau sebelah kiri jantung atau kedua-duanya. Keadaan ini mungkin mengakibatkan penakungan air di dalam tubuh, yang seterusnya mengakibatkan edema. Selain edema, antara gejala lain yang ketara termasuklah kesesakan nafas, dan pendilatan vena pada leher.
pacemakerperentakPerubatanTiadaTisu jantung yang menjana impuls secara automatik untuk mengawal denyutan jantung. Sekiranya jantung mempunyai masalah, alat elektronik digunakan sebagai perentak.
cardiac tamponadetamponad jantungPerubatanTiadaKeadaan terdapatnya bendalir atau darah dalam selaput jantung yang menyebabkan pengembangan jantung menjadi terhad semasa fasa diastole. Keadaan ini menyebabkan keluaran jantung berkurangan.
cardiac pacemakerperentak jantungVeterinarPraklinikalBahagian jantung yang mengawal atur denyutan. Perentak jantung terletak dalam sinus venosus dan dikenali sebagai nodus sinoatrium. Perentak jantung juga merujuk kepada alat tiruan yang diletakkan pada jantung bermasalah.
jantung pisang(Ir.)jantung pisang(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk jantung pisang.
gasing jantunggasing jantungSukanTiadaGasing yang bahagian tubuhnya berbentuk seperti jantung pisang.
12345678910...

Kembali ke atas