Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ra/] | جارق

Definisi : jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di lan­­dasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg mem­bolehkan seseorang yg normal pe­lihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur per­bezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, be­renggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-ca­haya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. men­jauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, pen­jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek, buahnya dibuat minyak), Ricinus communis; minyak ~ a) minyak yg dibuat drpd buah jarak pagar (biasanya utk pelita dsb); b) = ~ benggala minyak utk mencuci perut; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha spp.; ~ belanda (keling, melaka, pagar putih) sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha curcas; ~ cina sj tumbuhan (pokok renek), Jatropha mul­tifida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : ruang (sela) di antara dua benda atau dua tempat: ~ di antara meja dgn pintu itu dua meter. menjarakkan menjauhkan; memisahkan: Sekarang ia selalu ~ diri dr kawan-kawannya. sejarak dlm jarak tertentu; sejauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.ra/] | جارق

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya dpt dibuat minyak), Ricinus communis. minyak ~ a. minyak yg dibuat drpd buah jarak (biasanya digunakan utk minyak pelita dll). b. minyak utk mencuci perut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarak
Kata Terbitan : berjarak, menjarakkan, terjarak, penjarakan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Duduk meraut ranjau,
     tegak meninjau jarak.

Bermaksud :

Selalu bekerja tidak berhenti-henti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drive-out (space-out)jarak-jarakKomunikasiTiadaTiada
polar distancejarak kutubKejuruteraanTiadaJarak sudutan bagi jasad angkasa daripada kutub sfera angkasa, sama ada jarak kutub utara atau jarak kutub selatan.
vertical separationjarak pisah tegakKejuruteraan AutomotifTiada1. Jarak pisah tegak: Jarak aras ketinggian antara dua pesawat yang dipisahkan sejauh seribu kaki atau dua ribu kaki semasa di udara.
F.I.T.A. roundpusingan F.I.T.A.SukanTiadaSatu pusingan yang terdiri daripada 4 jarak, tiap jarak terdiri dari 12 seri, dan tiap seri terdiri dari 3 anak panah, sehingga satu pusingan harus dilepaskan/dilancarkan 144 batang anak panah, pada sukan memanah.
pitch (screw)jarak benang (skru)KejuruteraanTiadaJarak di antara satu titik pada ulir skru dengan jarak yang sepadan pada ulir yang bersebelahan, diukur selari dengan paksi skru itu.
light-yeartahun cahayaKejuruteraanTiadaUnit jarak, yang menggunakan jarak yang direntasi cahaya dalam masa satu tahun.
interridge distancejarak antara batasPerubatanTiadaJarak tegak antara arkus mandibel dan maksila di satu-satu posisi yang ditetapkan. Sinonim: jarak antara arkus.
interarch distancejarak antara arkusPerubatanTiadaJarak tegak di antara arkus mandibel dan maksila pada satu posisi yang ditetapkan. Sinonim: jarak antara batas.
map scaleskala petaGeologiTiadaNisbah antara jarak di peta dan jarak sepadan di bumi.
measuring devicepenyukat jarakSukanTiadaPenyukat jarak: Sejenis alat yang menggunakan teropong yang dilengkapkan dengan ukuran digital yang boleh digerakkan di atas rel sebagai pengukur jarak lompatan, dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.
12345678910...

Kembali ke atas