Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam KedukaanKumang, cikgu perempuan benasal dan Sihu yang terus menetapdi situ. Cikgu itulah yang membantunya memahami sesuatu dan semasa ke semasa. Tetapi oleh kerana dia baru mengajan di situ dan dia jarang-janang dapat bengaul dengan Cikgu Kumang dengan lebih lama lagi, tidak banyak pengetahuan yang dipenolehinya. Cikgu Kumang sudah berumahtangga dan padawaktu sekolah mereka sibuk mengajar anak murid masing-masing. Hendak dahan-dahan yang gagah itu bergantungan buah-buah, ada yang masih hijau, ada yang sudah kekuningan - sebesar buah betik Dayak. Di bawah pokok yang merimbun tumbub pula rumput-rumput pendek, jarang dan menjalar-jalar. Rumput-rumput mi juga kelihatan kehijau-hijauan kerana menumpang makan baja yang cukup dan lumayan. Karung- karung plastik kosong bercap mCI, NPK yang disusun berlapis- lapis disebelah D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=5&hits=2c33+47a8+8435+a983+a984+

Kembali ke atas