Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ikan gigi ~ sj ikan laut, Otolithus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn; menjarang memasak air; ® jerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poor Steppehutan jarang SteppeGeografiTiadaKawasan tanah rumput Steppe yang rumputnya tumbuh jarang-jarang dan tidak subur.
osteopetrosisosteopetrosisPerubatanTiadaPenyakit keturunan yang jarang-jarang berlaku, yang ditandai dengan tulang yang amat padat yang mungkin diakibatkan kecacatan resorpsi zat tulang. Penyakit ini terjadi dalam dua bentuk, iaitu bentuk resesif autosom yang teruk, yang muncul pada peringkat kanak-kanak, dan bentuk dominan autosom (benigna) yang muncul pada peringkat remaja atau semasa dewasa. Bentuk resesif mungkin mengakibatkan penutupan rongga sumsum yang seterusnya mengakibatkan anemia, dan penyempitan foramen saraf pada tengkorak yang menghimpit saraf-saraf kranium, yang selanjutnya boleh menyebabkan pekak dan buta. Fraktur sering terjadi pada kedua-dua bentuk penyakit tersebut.
cystic fibrosisfibrosis sistaSosiologiTiadaPenyakit yang jarang-jarang berlaku pada manusia, melibatkan pelbagai kelenjar perembes mukus, terutamanya dalam pankreas dan peparu, menjadi bergentian, menghasilkan mukus tebal yang abnormal, menyebabkan penyekatan usus dan pneumonia yang boleh membawa maut.
Wilson�s diseasepenyakit WilsonPerubatanTiadaSejenis penyakit keturunan yang progresif, yang jarang-jarang berlaku. Penyakit ini disebabkan oleh gangguan metabolisme kuprum. Antara gejala penyakit ini ialah terdapatnya pigmen di pinggir kornea mata, sirosis hati, splenomegali dan perubahan degeneratif pada otak, terutamanya ganglion asas.
aerobacterAerobacterPerubatanTiadaGenus pada famili Enterobacteriaceae, misalnya Aerobacter aerogenes. Istilah ini kini jarang-jarang dipakai.
parklandtamanGeografiTiadaSebuah kawasan riadah yang dilitupi oleh tumbuhan rumput dan pokok yang jarang-jarang.
acatalasiaakatalasiaPerubatanTiadaSejenis penyakit yang berlaku akibat ketiadaan enzim katalase sejak lahir. Penyakit yang jarang-jarang berlaku ini disebabkan ketaknormalan gen Mendel homozigot, dan kebanyakannya dialami oleh orang Jepun; cuma separuh daripada pesakit mengalami gejala infeksi gusi dan mulut secara berulang-ulang. Penyakit ini dikenali pada asalnya sebagai demam akatalasemia.
electrical stormribut elektrikSainsHidrometeorologi1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu dan jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin kencang bertiup, dengan banyak debu terdapat dalam udara, tetapi tidak melibatkan aktiviti ribut petir. 3. Sama dengan ribut arus bumi.
electrical stormribut elektrikMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu, yang jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin bertiup kencang, dan berdebu, tetapi tanpa ribut petir.
homogeneous crystallizationpenghabluran homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk.
12345678910...

Kembali ke atas