Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang mem­buat supaya jarang (renggang dll); 2. men­jadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) men­jadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Ikan kukus tulangnya lembut,
     Tulang lembut jarang-jarang;
Kami belayar jangan disebut,
     Takut dilanggar batu karang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri jarang 3. = jarang-jarang. 1. Adakah hal ini bermaksud jarang seerti dengan jarang-jarang? 2. Jikalau benar, ayat contoh “Dia jarang-jarang datang” dapat ditukar menjadi “Dia jarang datang” tanpa mengubah maknanya. Benarkah? Terima kasih diucapkan atas jawapan soalan yang lalu dan soalan ini.Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.Tatabahasa13.05.2012
merujuk kepada soalan PMR 2012, ayat di bawah ini yang salah penggunaan perkataa 'jarang-jarang'. 1. Budak itu jarang-jarang datang ke rumah saya 2. Kain yang jarang-jarang tidak sesuai untuk dibuat seluar. 3. Jarang-jarang sekali berlaku kejadian banjir di kampung itu. 4. Buah durian di dusun Pak Atan amat jarang-jarang kerana kurang menjadi.Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah.Tatabahasa16.10.2012
Menurut Kamus Dewan, "jarang" atau "jarang-jarang" boleh membawa maksud "tidak selalu". Oleh itu, mengapa ayat ini salah? Dia jarang pergi ke masjid. Jawapan yang diberi dalam buku latihan ialah jarang-jarang.

Salam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Jadi jawapan yang betul ialah 'Dia jarang-jarang pergi ke masjid'

Tatabahasa09.11.2012
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau salah: 1. Dia jarang lewat pergi ke sekolahnya. 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolahnya. Apakah perbezaan antara jarang dengan jarang-jarang? Terima kasih. Ms OngSalam sejahtera,

Berdasarkan makna jarang dan jarang-jarang dalam kamus kedua-dua contoh ayat yang diberi membawa maksud yang sama. Walau bagaimanpun untuk membawa maksud tidak kerap kita menggunakan perkataan jarang-jarang dan untuk maksud tidak kedap perkataan jarang yang digunakan.

Berdasarkan maksud tersebut, ayat 2. Dia jarang-jarang lewat ke sekolah.
Lain-lain26.09.2016
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit.Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua.Tatabahasa25.07.2012
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya.Tatabahasa20.10.2012
1. Adakah perkataan 'jarang' boleh digunakan untuk maksud kadang-kadang sedangkan dlm kamus dewan edisi keempat diletakkan tanda,' 3. = jarang-jarang' dan diberi maksud tidak sering, tidak kerap dsb. Saya berpegang bahawa jarang-jarang saja boleh membawa maksud kadang-kadang, betulkah tanggapan saya?Jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, atau tidak lazim. Dalam konteks tertentu, jarang-jarang juga boleh membawa maksud kadang-kadang.Makna10.06.2010
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan<i> i>3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Bolehkah saya menggunakan "jarang" daripada "jarang-jarang" dalam penyediaan sari kata?Kedua-duanya boleh digunakan.Ejaan16.07.2018
1. Mereka jarang balik ke kampung. 2. Pakaian pelakon itu sangat jarang. 3. Keluarga Pak Salleh jarang berkunjung ke rumah kami semenjak pindah ke Kuala Lumpur. 4. Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang. Keempat-empat penggunaan jarang di atas, manakah penggunaan jarang yang lebih tepat. 5. Ibu menanam bunga di taman. Ataupun Ibu menanam pokok bunga di tanam. Manakah ayat yang lebih tepat. Terima Kasih.

Jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): 2. tidak lebat, tidak padat: manakala jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. berdasarkan makna tersebut ayat 2 (Pakaian pelakon itu sangat jarang) dan 4 (Rumah-rumah di kampung itu kelihatan jarang) betul penggunaan kata jarangnya, manakala ayat 1 dan 3, yang betul ialah jarang-jarang

Tatabahasa07.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas