Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarang-jarang;

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ikan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Telur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padang rumput jarang kayunya, Di sana banyak puyuh bersarang; Orang takut pantang dianiaya, Supaya tidak dimusuhi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345

Kembali ke atas