Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba), bayam rusa, menjarang, Cyathula prostrata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rang.ja.rang] | جارڠ٢

Definisi : tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jarang (adjektif)
1. Bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang,
Berantonim dengan rapat

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan nipis, tidak lebat, tidak padat, sedikit,
Berantonim dengan lebat

Kata Terbitan : jarang-jarang, menjarangkan,

Puisi
 

Telur pipit dalam sarang,
     Tetaskan anak sehari sebiji;
Gunung berhimpit jarang-jarang,
     Bukit terlepas seorang diri.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Jaras katanya raga jarang.

Bermaksud :

Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang.
Kurik Kundi Merah SagaTelur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Kurik Kundi Merah SagaJaranglah jarang makan tebu, Anak sembilang menggigit jari; Jaranglah jarang kita bertemu, Dalam sebulan dua kali.
Kurik Kundi Merah SagaPagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaTokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?
Kurik Kundi Merah SagaSagalah buluh anggitnya jarang, Akan pemagar kijang rusa; Dalam sepuluh ada seorang, Yang tak tahu bertimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaGunting saya gunting kecil, Jarang sekali guntingkan daun; Anak saya lagi kecil, Minta tangguh barang setahun.
1234

Kembali ke atas