Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jar.gon] | جرݢون

Definisi : bahasa khusus yg digunakan dlm bidang tertentu: perdebatan dgn ~ yg aneh-aneh yg menjadikan rakyat kebanyakan berasa semakin jahil; ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jargon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud bahasa jargon dan apakah contoh-contoh bahasa jargon dalam bahasa melayu?Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya.Makna10.05.2014
1. bagaimanakah penulisan kata majmuk tanggung jawab apabila ditambah dengan imbuhan ber-. bertanggungjawab atau bertanggung jawab. 2. apakah makna jargon? bolehkah pihak tuan menberikan contoh untuk perkataan jargon ini? 3. yang manakah betul, kata-kata aluan atau kata alu-aluan? 4. adakah perkataan kompelin diterima dalam bahasa melayu? atau kita sepatuttnya guna perkataan aduan? 5. sebagai kata sapaan atau rujukan dalam ucapan, yang manakah betul tuan-tuan dan puan-puan atau tuan dan puan sahaja. 6. cara penulisan yang manakah betul Yang di-Pertuan Agong, Yang di Pertuan Agong, Yang diPertuan Agong atau Yang Di Pertuan Agong? terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah bertanggungjawab. 

2. Jargon ialah istilah linguistik merujuk bentuk ungkapan yang dipadatkan atau diringkaskan, yang biasanya tidak lengkap dari segi tatabahasa dan digunakan dalam pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, misalnya BERHENTI dan BERI LALUAN pada papan tanda jalan raya. 

3. Yang betul ialah Kata alu-aluan. 

4. Tidak diterima, perkataan yang betul untuk maksud tersebut ialah aduan.

5. Yang biasa digunakan dalam ucapan ialah tuan-tuan dan puan-puan.

6. Yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.

Tatabahasa08.10.2009
Argot merupakan bahasa rahsiA seperti bahasa terbalik. Bahasa INI digunakan supaya individu lain tidak dapat memahami perbualan pengguna bahasa rahsia. Benar atau tidal? Mengapakah argot dikaitkan dengan jargon? Apakah perbezaan argot dan jargon? Terdapat kekeliruan. Terima kasih maklum balas pihak tuan/puanMenurut Kamus Dewan edisi keempat, argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku.

Manakala jargon bermaksud bahasa khusus yang digunakan dalam bidang tertentu.
Tatabahasa17.04.2014
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasihDialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP.Makna04.10.2009
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Point of Interest" serta singkatannya? "Point of Interest" disingkatkan (abbrev) sebagai "POI". "Point of Interest" ialah jargon GPS yang terkenal. Menurut Wikipedia, "Point of Interest" ialah titik lokasi tertentu yang seseorang dapati berguna atau menarik. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Point_of_interest Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "point of interest"  ialah tempat menarik. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah tersebut.Istilah20.11.2013
As salam Tuan, Apakah kesan dan tindakan yang akan dihadapi sekiranya seseorang / syarikat itu mewujudkan istilah / perkataan yang tidak terdapat dalam rujukan DBP ataupun yang tidak pernah disahkan oleh DBP? Apakah yang seharusnya dilakukan untuk menyelasikan masalah begini dalam usaha menghapuskan pengunaan jargon kejuruteraan yang tidak bersesuaian? Terima kasih semoga Allah swt memberkati usaha kita.Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di DBP untuk mendapatkan cadangan istilah yang sesuai atau mengemukakan istilah yang telah dicadangkan kepada mereka untuk dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa. Pihak DBP sentiasa mengalukan-alukan cadangan istilah baharu daripada pihak luar untuk menambah istilah dalam pangkalan data.Istilah03.09.2012
apakah perkataan atau ayat dalam bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeri "Going forward". Contoh ayat: "Going forward, we foresee that the competition would be on attractive packages with good Internet access" terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "going forward". Setelah membuat rujukan kami mendapati perkataan ini ialah "jargon" dalam bidang perniagaan yang bermaksud "in the future", "from now on" atau "as we proceed into the future". Berdasarkan maksud dalam bahasa Inggeris tersebut, perkataan tersebut mungkin boleh diterjemahkan kepada "pada masa depan."Penyemakan dan penterjemahan13.06.2013

Kembali ke atas