Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri] | جاري

Definisi : 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : 1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah jejari juga bermakna jari-jari atau banyak jari? Sekian, terima kasih.Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. Makna18.05.2011
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas  ialah  mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Makna30.01.2019
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
Terdapat atau tidak istilah tersendiri untuk perlakuan 'mengangkat dua jari (jari telunjuk dan hantu) ataupun dikenali sebagai peace' dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perlakuan mengangkat dua jari (jari telunjuk dan jari hantu).Istilah01.11.2015
Assalamualaikum, apakah maksud menyelati? Contoh penggunaan: menyelati jari tangan, jari kaki, misai dan janggut (biasanya digunakan dalam istilah berwuduk) Terima kasih.Maksud menyelati mengikut penggunaan istilah dalam berwuduk ialah melalukan air atau membersihkan di celah-celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut.Makna20.07.2019
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasihSejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula.Tatabahasa14.04.2010
1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula.Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampahLain-lain11.05.2010
maksud penyakit sopak dan kusta

Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan.

Makna26.08.2008
123456789

Kembali ke atas