Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ri] | جاري

Definisi : 1. hujung tangan atau kaki yg beruas: dua drpd ~ tangan kanannya telah putus; anak ~ a) salah satu drpd lima jari; b) = ~ anak jari kelengkeng; ibu ~ = ~ ibu jari yg terbesar, jempol; 2. sukatan panjang (lebar) yg besarnya seluas atau sepanjang jari: jaraknya mestilah lebih kurang se~; 3. benda (atau bahagiannya) yg mempunyai rupa spt jari; ~ ampai sj cemeti drpd rotan dll utk memukul orang salah; ~ hantu (malang, mati, panjang, tengah) jari tangan yg terpanjang (letaknya di antara telunjuk dan jari manis); ~ ke­lengkeng = ~ anak (renek) ark jari tangan yg terkecil; ~ kunyit Kl jari kaki atau jari tangan yg berlapis-lapis kerana penyakit kudis dll; ~ lipan tali drpd daun kelapa muda yg dianyam (utk perhiasan dll); ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu; ~ telunjuk (syahadata ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu; ~ laksana duri landak ki jari yg cantik; ~ spt susun sirih ki jari yg lentik; dapat dibilang (dihitung) dgn ~ sangat sedikit; menggigit ~ kecewa; penjarian (Muz) teknik menggunakan jari dlm bermain alat muzik, khususnya alat tiup, alat tali dan papan nada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok) yg sederhana besarnya), jangkang betina, Xylopia ferruginea; ~ buaya sj tumbuhan (herba yg memanjat, Trichosanthes wal­lichana; ~ lipan sj tumbuhan (herba), beremi (hutan), kerak-kerak, Limnophila aromatica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : ; ~ lima sj binatang laut (spt bintang berpenjuru lima). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ri] | جاري

Definisi : 1 bahagian hujung tangan atau hujung kaki yg beruas: Sebelah tangan mempunyai lima ~. 2 ukuran sebesar jari tangan: Ia pernah menulis buku setebal dua ~. 3 sesuatu benda atau bahagian yg berbentuk spt jari 1. ~ ampai sj cemeti utk memukul orang salah. ~ hantu jari tangan yg terpanjang; jari tengah. ~ kelengkeng jari tangan yg terkecil. ~ manis jari tangan yg letaknya di antara jari kelengkeng dgn jari hantu. ~ telunjuk jari di antara ibu jari dgn jari hantu. jejari 1 = jari-jari kisi-kisi pd pintu atau pd jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu yg dipasang dr pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dr pusat bulatan ke lilitannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jari

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Menggigit jari (= telunjuk).

Bermaksud :

Kecewa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ballottementbalotemenKejururawatanTiadaTeknik palpasi mencekak bahagian presentasi janin dengan menggunakan ibu jari dan jari-jari untuk menentukan paras kemasukan janin ke dalam rongga pelvis sebenar.
shihon nukitetusuk empat jariSukanTiadaTusukan jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng serentak ke sasaran lawan.
mittenmitenKesenianTiadaSarung tangan daripada benang sayat, belulang atau fabrik kait yang memisahkan ibu jari dengan jari-jari tangan lainnya untuk melindungi tangan daripada benda-benda panas dan cuaca sejuk.
right hand ruleaturan tangan kananKejuruteraanTiada1. Aturan bagi pendaraban silang vektor yang menyatakan bahawa hala vektor hasil darab silang bagi dua vektor lain perpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua.,2. Aturan bagi dawai membawa arus yang menyatakan bahawa sekirannya jari-jari kecil tangan kanan digenggam di sekeliling dawai dengan ibu jari terbuka menghala di arah aliran arus, maka jari-jari kecil menunjuk ke arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai itu.
dactyliondaktilionPerubatanTiadaKeadaan jari-jari yang sebahagiannya atau keseluruhannya tercantum.
right-hand rulepetua tangan kananFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut.
acrosyndactylyakrosindaktiliPerubatanTiadaKeadaan tercamtumnya jari-jari kaki dan tangan
cricoid pressuretekanan krikoidPerubatanTiadaTeknik pencegahan regurgitasi kandungan gaster dengan menekan tulang rawan krikoid dengan menggunakan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu ke arah kolum vertebra untuk menutup esofagus. Teknik ini mesti digunakan semasa induksi kilat dan terhadap pesakit yang berpotensi mengalami aspirasi gaster. Teknik ini dikenali juga sebagai manuver Sellick.
palpatepalpatPerubatanTiadaMembuat pemeriksaan dengan meraba dengan jari-jari.
digital arteryarteri digitalPerubatanTiadaArteri-arteri di dalam jari-jari.
12345678910...

Kembali ke atas