Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas  ialah  mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat). 1">

Makna30.01.2019
1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula.Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampahLain-lain11.05.2010
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan: 1. saya terjumpa perkataan 'ambisius' dalam sebuah teks. saya cari makna 'ambisius' dalam kamus, tapi tiada. apakah makna 'ambisius' yang sebenarnya? adakah sama seperti ambitious? 2. jari-jemariku ATAU jari jemariku 3. asal-usulnya ATAU asal usulnya sekian, terima kasih.

1. Perkataan ambisius tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami perkataan ambisius ini diambil daripada perkataan bahasa Inggeris ambitious tetapi padanan dalam bahasa Melayunya ialah bercita-cita atau mempunyai cita-cita.

2. Ejaan yang betul ialah jari-jemariku dan asal usulnya.

Tatabahasa20.07.2011
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
Mohon DBP cadang frasa yang tepat. 1. terpesona oleh / akan / dengan 2. di alaf/pada alaf 3.menuding jari ke/kepada Terima kasih.1. Kata terpesona boleh diikuti oleh/akan/dengan bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat.
2. Frasa yang betul ialah pada alaf.
3. Frasa yang betul ialah menuding jari ke.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-286. 
Tatabahasa24.05.2021
Assalamualaikum, Ejaan yang tepat untuk kata nama bagi jari yang paling kecil; 1.kelengkeng 2. kelingking Yang mana paling tepat.kelengkengEjaan27.02.2015
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari. 2. Pipi gadis itu merah sekali. 3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November. 4. Kakak suka menanam bunga orkid. ( atau ) Kakak suka menanam orkid. 5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik. Terima kasih.1. Sepasang tangan mempunyai sepuluh batang jari.
2. Pipi gadis itu merah sekali.
3. Sekolah akan bercuti panjang mulai bulan November hingga ....
4. Kakak suka menanam pokok orkid.
5. Ombak menghempas perahu itu sehingga terbalik.
Tatabahasa26.12.2012
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012
1234

Kembali ke atas