Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RHEA

Rhea ialah burung besar di Amerika Selatan yang

tidak boleh terbang. Ia kelihatan seperti burung

unta yang kecil, dan sering dikenali sebagai

burung unta Amerika Selatan . Tetapi, burung ini

mempunyai tiga jari kaki pada setiap kaki,

manakala burung unta mempunyai dua jari kaki.

Rhea juga mempunyai sayap yang lebih besar dan

lebih banyak bulu di leher dan di kepalanya

daripada burung unta (lihat Burung unta ). Rhea

biasa tingginya kira-kira 1.5 meter dan beratnya

lebih kurang 25 kilogram.

UMUM 
SHOVE-HALFPENNY

Shove-halfpenny, sejenis permainan dalam untuk dua

orang pemain atau dua buah pasukan.

Permainan ini dimainkan di atas papan yang

berukuran 610 milimeter panjang dan 368 milimeter

lebar. Garisan yang ditandakan pada sudut tegak

pada dua sisi yang panjang, membahagikan papan

kepada dua petak. Pemain menggunakan lima

cakera logam yang bergaris pusat lebih kurang 25

milimeter (1 inci). Mereka meletakkan cakera

terjuntai di hujung papan. Mereka cuba

memenuhkan semua petak dalam sebarang tertib

dengan menyorong cakera tiga kali ke dalam setiap

petak, dengan ibu jari tangan atau telapak tangan.

Selepas giliran setiap pemain, mata ditandakan

dengan kapur di bahagian tepi papan bagi setiap

cakera yang berhenti sepenuhnya di dalam petak.

UMUM 

Kembali ke atas