Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rum.ja.rum] | جاروم٢

Definisi : jarum penunjuk pd alat tim­bang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum.ja.rum] | جاروم٢

Definisi : = jejarum ~ merah sj tum­buhan (pokok), jejarum merah, menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum-jarum

Puisi
 

Jarum panjang kerat nangka,
     Betik masak tepi penanggah;
Jangan tuan syak wasangka,
     Keris pendek seorang sebilah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Sebilah jarum atau sebatang jarum?Mengikut Kamus Dewan penjodoh bilangan yang sesuai ialah bilah, sebilah jarum. Walau bagaimanapun penggunaan sebatang jarum telah mantap dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kedua-dua penjodoh bilangan ini, iaitu sebilah jarum dan sebatang jarum diterima berdasarkan rumus dan kelaziman penggunaannya.Tatabahasa22.08.2019
soalan saya tentang "jarum" apakah istilah yang digunakan untuk "jarum" adakah "sebatang jarum" atau "sebilah" jarumSebatang jarum.Lain-lain12.05.2008
Assalamualaikum....apakah istilah pendua, peniga, pengempat, pelima, pengenam, penujuh dan seterusnya boleh digunakan bagi menunjukkan bilangan salinan dalam satu dokumen asal.

Istilah pendua (duplicate) dan peniga (triplicate) yang merujuk kepada bilangan salinan ada dalam pangkalan data istilah kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pelima bermaksud berlimau pada hari tamat belajar bersilat, dan penujuh bermaksud 1. kenduri kerana menujuh hari 2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, merah. Perkataan pengempat dan pengenam tidak ada dalam pangkalan data kami.

Istilah11.02.2011
Yang mana tepat, sebilah jarum atau sebatang jarum?

Yang tepat ialah sebatang jarum.

Lain-lain23.10.2009
apakah penjodoh bilangan bagi jarum? satu batang jarum boleh diguna?Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum.Tatabahasa09.07.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi jarum ? bentuk, bilah, pucuk, batang, manakah yang tepat atau keempat-empat pun boleh ?Penjodoh bilangan untuk jarum ialah batang. (sebatang jarum)Tatabahasa15.07.2014
Terdapat buku rujukan penjodoh bilangan di pasaran. Dalam buku tersebut mereka menggunakan 'sebilah jarum' tetapi selama ini, kami telah didedahkan bahawa kami harus menggunakan 'sepucuk jarum'. Jadi apakah penjodoh bilangan yg sesuai bagi 'jarum'? terima kasihPenjodoh bilangan untuk jarum ialah sebatang.Tatabahasa28.06.2011
Apakah penjodoh bilangan untuk jarum? Bilah, pucuk, batang? Harap dapat jelaskan.Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang jarum.Tatabahasa02.11.2011
Apakah maksud simpulan bahasa "hujung jarum"?Peribahasa 'mengadu hujung jarum' bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.Lain-lain13.05.2010
salam sejahtera. penjodoh bilangan bagi "jarum" ialah ? terima kasih atas keprihatinan tuan/puan menjawab soalan saya.Penjodoh bilangan bagi jarum ialah sebatang.Tatabahasa02.07.2013
123

Kembali ke atas