Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rum.ja.rum] | جاروم٢

Definisi : jarum penunjuk pd alat tim­bang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum.ja.rum] | جاروم٢

Definisi : = jejarum ~ merah sj tum­buhan (pokok), jejarum merah, menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum-jarum

Puisi
 

Jarum panjang kerat nangka,
     Betik masak tepi penanggah;
Jangan tuan syak wasangka,
     Keris pendek seorang sebilah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Jarum panjang kerat nangka, Betik masak tepi penanggah; Jangan tuan syak wasangka, Keris pendek seorang sebilah.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ambil jarum cucuk benang, Jarum ada di dalam cembul; Air tenang adik mengharung, Tidak kusangka buaya timbul.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau abang membeli jarum, Boleh adik membeli tali; Kalau abang minta nak cium, Upah cium tendang sekali.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mengapa kakinya menjadi bengkok, Terpijak jarum bengkak jadinya; Mengapa bininya menjadi mabuk, Tak tahan mencium ketiak lakinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain kudi di atas atap, Belum patah jarum hilang; Kalau sudi abang bersantap, Kalau tak sudi janganlah buang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kuntum bunga di dalam talam, Puan belum dihias didandan; Jarum berputar siang malam, Tua muda menanti giliran.Pantun Melayu SarawakNasihat
Raja Adil dari seberang, Pecah perahu lalu berenang; Kalau dapat jarum berlubang, Baru senang lulusnya benang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas