Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jas] | جس

Definisi : kep Jabatan Alam Sekitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jas] | جس

Definisi : IB = baju ~ baju yg digunting mengikut potongan Eropah; jenis-jenisnya: ~ buka; ~ hujan; ~ tutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai maksud ayat dan penggunaan dua koma dalam ayat di bawah. Pegawai Jabtan ini boleh menjalankan, atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Adakah ayat di atas bermaksud seperti dua ayat di bawah : 1. Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. (tanpa koma selepas menjalankan) dan 2. Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini ( tanpa atas perbelanjaan pengilang ) Maklum balas tuan berhubung perkara ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Maksud ayat tersebut sama dengan yang pertama, iaitu Pegawai JAS boleh menjalankan atas perbelanjaan pengilang, semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini. Ayat tersebut juga boleh dibuat seperti ini: Pegawai JAS boleh menjalankan semua pemeriksaan dan ujian yang difikirkan perlu bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini dengan perbelanjaan pengilang.Makna19.02.2010
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafarSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain22.11.2016
salam1 Malaysia. adakah perkataan 'diatas' dalam ayat berikut sesuai digunakan. tq cth. ayat : Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keizinan menjalankan penyelidikan kepada pihak JAS.Penggunaan yang betul ialah  atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.Tatabahasa31.03.2017
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan "italic" atau condong dalam perkataan. Perlukah kita condongkan sesuatu perkataan yg berlainan bahasa seperti tajuk berikut. Addendum for Software Functional System for Permit Kemasukan for Jabatan Perairan Selangor (JAS). Perlukah kita condongkan perkataan dalam bahasa melayu sekiranya ayat digubah dalam bahasa inggeris.Untuk makluman, pihak DBP tidak ada data yang khusus tentang perkara tersebut. Akan tetapi, jika merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama.Lain-lain09.09.2015
Adakah perkataan "bias" diterima dalam BM? saya tak nampak rujukan tersebut dalam PRPM. terima kasih.
Perkataan bias ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan maksud seperti yang di bawah, iaitu:


bias بياس [bi⋅jAs]
ktt 1 (bkn hujan, perahu, cahaya dsb) memesong dr arah asal; membias: Maka Tun Telanai dgn kedua-dua buah perahu itu pun biaslah, jatuh ke Brunei.
n 2 hujan, cahaya dsb yg terpesong dr arah asal; biasan: Bias cahaya terkepung di antara kaki Fujiyama dan pohon-pohon kayu yg kelihatan kebirubiruan di sebelah timur.Bias hujan merenjis cermin kaca.

Kata-kata terbitan yang boleh terbentuk daripada bias ialah membias, membiasi, membiaskan, terbias, pembiasan dan pembias. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang selanjutnya.
Istilah25.07.2023
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas