Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
nobleadj 1. honourable, unselfish, mulia; (of person) berhati mulia: his ~ deeds will be remembered forever, jasa-jasa mulia tuan akan dikenang selama-lamanya; ~ sentiments, sentimen yg mulia; a ~ leader, pemimpin yg berhati mulia; 2. magnificent, mengagumkan: a ~ mansion, rumah agam yg mengagumkan; 3. of, belonging to the nobility, bangsawan: he is of ~ birth, dia berketurunan bangsawan; the ~ families of England, keluarga bangsawan England; 4. (chem) adi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
officegood ~s, (polit) jasa baik: he managed to get his son into the country’s most prestigious university through the good ~s of a friend in the Department, dia dapat memasukkan anaknya ke dlm universiti yg paling ternama di negara itu melalui jasa baik seorang kawan di Jabatan tersebut; be in ~, memegang kuasa, berkuasa: the Conservative Party is now in ~, Parti Konservatif memegang kuasa sekarang; be out of ~, tdk memegang kuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unstintedadj tdk terhingga: his heroic deeds won him ~ praise, dia mendapat pujian yg tdk terhingga krn jasa kepahlawanannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
service5. (usu in pl) work done to help or benefit others, khidmat; (esp o’s country, community, etc) jasa, bakti: I think you need the ~s of a good solicitor, saya rasa tuan memerlukan khidmat peguam yg pandai; I offered my ~s but they were politely refused, saya menawarkan khidmat tetapi ditolak secara sopan; he has been well rewarded for his ~s to the state, dia telah diberi ganjaran yg baik krn jasanya kpd negara; 6. performance of duties as employee, perkhidmatan, bertugas; (as public servant, soldier, etc) perkhidmatan, berkhidmat; (to God, o’s country, community, etc) berbakti: in recognition of his long and faithful ~ with the company..., sbg menghargai perkhidmatannya yg lama dan setia di syarikat itu...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
celebratevi /merayakan, meraikan/ + approp n: the team ~d after their overwhelming victory, pasukan itu merayakan kejayaan mereka selepas kemenangan yg mengagumkan itu; vt 1. commemorate in a special manner, merayakan, meraikan: to ~ Christmas, merayakan hari Krismas; to ~ o’s birthday, meraikan hari lahir; 2. praise, menyanjung: poems which ~ the deeds of great men, puisi yg menyanjung jasa orang-orang yg agung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas