Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih.Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
JASA MU OR JASAMUEjaan yang betul ialah jasamu.Ejaan22.10.2009
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kamiYang betul ialah 'akan kami kenang'.Tatabahasa06.08.2008
tolong terangkan maksud frasa " ucap jasa" dalam ayat di bawah... " ucap jasa bagi pengurniaan ijazah doktor kehormat"

Puan Noris,

Perkataan ucap jasa bermaksud kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah citation. 

Makna29.03.2010
ayat majmuk: i. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan. ii. Kempen Derma Hari Pahlawan menghargai jasa perwira negara. a. Kempen Derma Hari Pahlawan akan diadakan untuk menghargai jasa perwira negara. b. Kempen Derma Hari Pahlawan untuk menghargai jasa perwira negara akan diadakan. Jawapan mana satu lebih sesuai atau kedua-dua jawapan boleh diterima. Minta penjelasan, terima kasih.Kedua-dua jawapan bagi ayat majmuk yang telah diberikan tidak ada kesalahan dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Meminta jasa baik dan pendapat dari pihak DBP berkenaan cogan kata (tagline) untuk iklan terbaharu Coca-Cola. 3 cadangan seperti di bawah, untuk rujukan dan semakan pihak DBP. Oleh yang demikian, cogan kata yang manakah paling sesuai untuk digunakan - berdasarkan penggunaan tatabahasa/ bahasa melayu yang betul. 1. Resipi Sebuah Detik Keajaiban 2. Resipi Detik Keajaiban 3. Resipi KeajaibanCogan kata atau slogan yang sesuai digunakan mengikut aspek bahasa iklan ialah "Resipi Detik Keajaiban" dan "Resipi Keajaiban". Tatabahasa23.05.2023
Minta jasa DBP memadankan istilah senaman berikut ke dalam bahasa Melayu: 'Cross fit', 'High Intensity Interval Training (HIIT)', dan 'Low Intensity Interval Training (LIIT). Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Crossfit: Crossfit

2) High Intensity Interval Training (HIIT): latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT)

3) Low Intensity Interval Training (LIIT): latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah10.04.2022
Minta jasa baik dari pihak tuan untuk menyemak (banner) kain rentang seperti yang di lampirkan. terima kasih.
Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun berjaya diaktifkan.

Pilih Daftar Permohonan > Daftar Iklan, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan) dan buat bayaran setelah permohonan iklan berjaya didaftarkan.

Bagi visual iklan yang dilampirkan, sila buat pembetulan seperti yang berikut:
1. RM2000 - RM2800
2. Termasuk Kerja Lebih Masa dan Insentif
3. HANTARKAN XXX MELALUI:
4. Setiap simbol & perlu dieja penuh, dan atau DAN
5. Jarakkan ejaan TEMU DUGA
6. CUTI TAHUNAN
7. ELAUN SYIF
8. SUBSIDI KANTIN

Walau bagaimanapun, pembetulan ini bergantung pada catatan pelanggan yang akan diberikan oleh petugas semakan iklan.
Lain-lain19.10.2021
Mohon jasa baik pihak tuan untuk membuat semakan pada ayat yang dilampirkan sama ada terdapat kesilapan ayat atau tidak. terima kasih. 1. CINTAI KEBERSIHAN. BERSAMA KITA MENJAGANYA. 2. KEBERSIHAN MILIK KITA. BERSAMA MENGHARGAINYA.Ayat yang betul ialah:
1. CINTAI KEBERSIHAN, BERSAMA-SAMA KITA MENJAGANYA
2. AMALKAN KEBERSIHAN, BERSAMA-SAMA MENGHARGAINYA
Tatabahasa04.02.2018
Mohon jasa baik terjemahkan 'Plastic Injection Moulding' dalam bahasa Melayu.Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Plastic Injection Moulding' dalam bahasa Melayu ialah Pembentukan Suntikan Plastik.Makna25.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas