Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Video

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kedaidbp.my/cms/articles.php?lng=en&pg=286www.Kedaidbp.my - Lagu Kanak Kanak - Lagu Kanak-Kanak Jilid 1di Taman 4. Burung-burung 5. Dodol 6. Kita Jamu Selera 7. Kereta Malaysia 8. Semangat Kejiranan 9. Tidurlah Adikku 10. Zapin Cinta Negara 11. Bapaku 12. Belajar Berjalan 13. Jasa Keluarga 14. Kejiranan 15. Mari Bersenam 16. Membaca Menambah Ilmu Get FlashPlayer Pilihan Pembayaran Credit/Debit Card Debit Payment from: MayBank2u, Public_Bank, Hong_Leong_Bank, Bank_Islam, CIMB_Bank & MayBank2e Debit Payment Debit Payment Highlighter.aspx?DocId=18&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksvideo&HitCount=1&hits=21e+

Kembali ke atas