Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Panduan Berkarya

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdfkhidmat pesanan kandungan.p65Persekutuan Tanah Melayu PTM khidmat pesanan pg 15-35.p65 23/06/2008, 10:49 PM 22 23 Daftar Singkatan SMS Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Petaling Jaya PJ Pingat Jasa Kebaktian PJK Pingat Pangkuan Negara PPN Pingat Peringatan Malaysia PPM Polis Diraja Malaysia PDRM Profesor Prof (Prof Abdullah Hassan) Puan Pn (Pn Ramlah) Pulau (Pulau Pinang) P (P Pinang) Pusat http://dbp.gov.my/khidmatsms.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanBahasa&HitCount=1&hits=f5f+

Kembali ke atas