Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jasa-jasa seorang pejuang dikenangTiadaUtusan Melayu22.03.1979
Jasa-jasa Pak Za'ba terus jadi kenanganTiadaUtusan Malaysia10.03.1979
Indonesia hargai jasa-jasa wartawan veteranTiadaBerita Minggu24.02.1985
OIC hargai jasa-jasa HamkaTiadaBerita Minggu09.08.1981
4 rancangan khas kenang jasa-jasa P. RamleeTiadaBerita Harian20.04.1983
Jasa yang terbuangDelly TolokHarian ekspres18.01.2009
Jasa Sybil diangkat ke pentas teaterAbd Aziz ItarUtusan Malaysia09.06.2008
Jasa Usman Awang dikenangShaidah ShafieBerita Harian14.08.2007
Jasa Piyadasa rakam kehidupan tiga bangsa Malaysia dikenangShaidah ShafieBerita Harian04.08.2007
Jasa Sudir wajar dikenangRamlah ZainalHarian Metro22.02.2007
12345678910...

Kembali ke atas