Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


KLN

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kln.gov.my/web/guest/secretary_generalMinistry of Foreign Affairs, Malaysia - Ketua SetiausahaSetia Pangkuan Negeri (DSPN) – Pulau Pinang pada tahun 2003 yang membawa gelaran Dato’. Pada tahun 2010, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan menganugerahkan beliau dengan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Pada Jun 2011 beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Jazliza binti Jalaludin Highlighter.aspx?DocId=128&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGkln&HitCount=1&hits=1c4+

Kembali ke atas