Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.sa] | جاس

Definisi : pekerjaan baik (kpd negara, raja, orang, dll), bakti: ~nya terhadap nusa dan bangsa akan tetap tinggal dlm kenangan kita semua; berbuat ~ melakukan kebaikan (kpd negara, orang, dll), berbakti; wang ~ Id a) hadiah, bonus, pencen; b) sewa, bunga (wang); c) upah; ~ baik pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; berjasa 1. berbuat kebaikan (kpd negara dll), berbakti; 2. berhasil, berfaedah, berharga; menjasai ark menghargai; keberjasaan perihal berjasa: ~ seseorang tokoh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.sa] | جاس

Definisi : perbuatan yg baik (terhadap negara, manusia dsb); bakti: ~nya banyak terhadap negara. berjasa 1 berbuat kebaikan kpd negara atau orang lain; berbakti: Perajurit-perajurit banyak ~ kpd negara. 2 berhasil; berfaedah: ~ kalau kita menanam modal dlm Amanah Saham Nasional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Puisi
 

Orang menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Penat saya menabur budi,
     Belum juga mendapat jasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kerbau sakit,
     sapi beroleh nama.

Bermaksud :

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
good officejasa baikSains PolitikHubungan AntarabangsaIkhtiar yang diberikan oleh pihak ketiga bagi memulihkan atau meredakan ketegangan dalam hubungan antara pihak yang berkonflik. Jasa baik ini biasanya diberikan oleh pihak ketiga kepada pihak yang berkonflik seperti menghantar perunding atau menyediakan tempat bagi membawa kesemua pihak yang berkonflik untuk bersemuka. Contohnya, Malaysia telah menawarkan jasa baiknya untuk mempertemukan pihak pejuang Pembebasan Islam Moro di Filipina dengan kerajaan Filipina.
good officejasa baikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah penyelesaian pertikaian antarabangsa secara aman yang diusahakan oleh pihak ketiga, sama ada negara, pertubuhan antarabangsa atau individu terkemuka dengan mengajak negara-negara yang bertelingkah untuk berunding. Peranan pihak ketiga dalam penyelesaian suatu sengketa boleh juga berlaku atas permintaan pihak-pihak yang bersengketa atau atas inisiatif pihak ketiga tersebut menawarkan jasa baiknya untuk menyelesaikan sengketa. Jasa baik merupakan salah satu kaedah penyelesaian persengketaan antarabangsa secara damai berbanding dengan kaedah secara paksa atau kekerasan. Kaedah ini terkandung dalam Konvensyen The Hague 1899 dan 1907 tentang penyelesaian secara aman sengketa-sengketa antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberikan acuan cara-cara penyelesaian persengketaan antarabangsa.
citationucap jasa; kutipan; nukilanPendidikanTiadaTiada
citationucap jasa; kutipan; nukilanPerpustakaanTiada1. Rujukan yang dibuat pada suatu teks atau sebahagian daripada teks untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan.
citationucap jasa; kutipan; nukilanKesusasteraanTiadaTiada
citationucap jasa; kutipan; nukilanUndang-undangTiadaTiada
good officesjasa baikUndang-undangTiadaTiada
citationucap jasa; kutipan; nukilanSejarahTiada2. Kenyataan atau pernyataan rasmi sebagai penghargaan di atas kejayaan atau keberanian seseorang.
dispute settlementpenyelesaian sengketaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan untuk mengakhiri sesuatu pertelingkahan. Dalam undang-undang antarabangsa, penyelesaian sengketa boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah cara diplomatik seperti rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan dan jasa baik. Penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara perundangan seperti kaedah timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Contohnya, penyelesaian sengketa antara Malaysia dengan Singapura tentang pemilikan Batu Putih (Pedra Branca) yang dilakukan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Selain itu, penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara pemaksaan seperti kaedah retorsi, tindakan balas dan penggunaan kekerasan tetapi dengan prasyarat dan syarat-syarat tertentu.
adaptive re-usepenggunasuaianKesenianSeni BinaPenggunaan semula binaan atau bangunan asal untuk kegunaan baharu yang bersesuaian dengan keadaan fizikal sedia ada tanpa pengubahsuaian yang ketara. Contohnya, bekas kediaman tokoh ternama yang digunakan dan diubah suai menjadi memorial atau galeri untuk mengenang jasa tokoh tersebut.
12

Kembali ke atas