Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jas.ma.ni] | جسماني

Definisi : Ar 1. badan, tubuh; 2. bkn badan (tubuh) atau benda (lwn rohani); pendidikan rohani dan ~ pendidikan batin dan badan; kejasmanian perihal jasmani, yg berkaitan dgn tubuh badan atau benda, kebendaan: pembentukan aspek kerohanian bukan sa­haja akan mengimbangi perkembangan ~ dan kebendaan, tetapi juga akan menyekat keruntuhan akhlak dan moral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jas.ma.ni] | جسماني

Definisi : mengenai badan atau benda; lw rohani: pendidikan ~ dan rohani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jasmani (adjektif)
Bersinonim dengan badani, badaniah, fizikal;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih sesuai digunakan untuk dijadikan papan tanda: a. Stor alatan pendidikan jasmani b. Bilik alatan pendidikan jasmani

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan stor bermaksud (rumah,ruang,bilik dsb.) tempat menyimpan barang. Perkataan bilik bermaksud ruang dalam rumah(bangunan dll.) yang bersekat dengan dinding dan berpintu , kamar. Ruang yang tersekat,petak kecil.

Kedua-duanya boleh digunakan. Pada kebiasaan bilik lebih kecil daripada stor dan stor fungsinya adalah untuk menyimpan barang.  Oleh itu, bergantung pada pihak saudara menentukan kesesuaian penggunaan perkataan mengikut fungsi tempat tersebut.         

Lain-lain28.04.2008
Salam. Ingin bertanya tentang penggunaan perkataan mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains atau Pendidikan Jasmani. Perlukan ditulis dengan huruf besar semasa menulis ayat? Contoh: Murid-murid lelaki bermain bola sepak di padang semasa waktu Pendidikan Jasmani. (Adakah 'P' dan "J" perlu ditulis dengan huruf besar? Terima kasih. :)

Mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf besar, contoh Pendidikan Jasmani.

Lain-lain09.07.2022
Murid-murid kelihatan ________________ selepas menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani. Jawaban manakah yang paling tepat? Sila nyatakan sebab. (a) lemah (b) letih (c) lesu (d) lelahJawapan yang sesuai ialah (b) letih.Tatabahasa15.11.2015
Adakah senamrobik dikira sebagai akronim? Daripada perkataan senaman aerobik.Senamrobik ialah latihan jasmani yg mengga­bungkan senaman biasa dan aerobik. Ia dikategorikan sebagai kata akronim bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.Lain-lain24.01.2021
assalamualaikum . . . .apakah perbezaan di antara peradaban dengan tamadun?Peradaban sama maksudnya dengan tamadun, iaitu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peradaban.Makna09.04.2013
Mohon carikan padanan kata Bahasa Melayu/ istilah sukan bagi perkataan trapping (salah satu teknik mengawal bola dalam bola sepak). Terima kasih.Merujuk istilah pendidikan jasmani, trapping bermaksud sambut, iaitu salah satu teknik menyambut/mengawal bola.Istilah27.10.2010
Frasa ini dalam BM - entry point

Entry point boleh bermaksud:

a) Titik permulaan atau titik masukan  (komputer, kejuruteraan dan ubat)

b) ketika cecah ((berenang) - Pendidikan Jasmani)

Istilah01.07.2011
Salam. Boleh saya tahu adakah Kamus Dewwan Edisi ke-5 akan diterbitkan dalam masa terdekat? Saya harap lebih banyak istilah baru dimasukkkan. Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa akan menerbitkan Kamus Umum (ekabahasa) dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pandangan sila kemukakan kepada Puan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, e-mel beliau fadilah@dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2013
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
1.Malah,kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. 2.Salam,saya nak tanya apakah kesalahan dalam ayatdi sini?Boleh tak menggunakan ‘Yang dengan ’ bersama? 3.Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti ‘demi ’mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial. Perkataan kata sendi nama ‘demi’ boleh digunakan di sini?atau penggunaan ‘demi’sudah salah manakala apakah perbezaan antara bagi dengan demi 4.melahirkan perasaan simpati atau menimbulkan perasaan simpati?

1. Ayat yang betul ialah: Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya dengan lembut dan sabar. 2. Kata sendi tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi. 3. Kata Penggunaan kata sendi nama “demi” dalam contoh ayat tersebut betul. Kata sendi “bagi” digunakan di hadapan frasa nama yang fungsinya menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan tertentu “bagi” boleh bervariasi dengan kata sendi nama “untuk”. Kata sendi nama “demi” pula membawa makna tujuan. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:276-277). Perkataan “melahirkan perasaan simpati” dan “menimbulkan perasaan simpati” boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Contohnya; i. Tuanku Permaisuri Agong melahirkan perasaan simpati baginda dengan mencemar duli membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara. ii. Pelbagai kisah suka duka   yang ditayangkan melalui slot Bersamamu menimbulkan perasaan simpati masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tatabahasa20.01.2021
12

Kembali ke atas